Al-Syama'il: Bab 34. Cara Rasulullah Bertutur (3 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

34

Cara Rasulullah Bertutur (3 Hadis)

بَابُ كَيْفَ كَانَ كَلَامُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

224

1. Aisyah berkata:

Rasulullah tidak pernah bercakap dengan laju seperti kamu semua. Beliau selalu bercakap dengan jelas dan terperinci, sehingga orang yang mendengar dapat menghafal apa yang mereka dengar.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud)

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْرُدُ سرْدَكُمْ هَذَا، وَلَكِنَّهُ كَانَ يَتَكَلَّمُ بِكَلَامٍ بَيِّنٍ فَصْلٍ، يَحْفَظُهُ مَنْ جَلَسَ إِلَيْهِ»

225

2. Anas bin Malik bercerita:

Rasulullah mengulangi percakapan beliau sehingga tiga kali supaya difahami (oleh mereka yang mendengar). (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Bukhari)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعِيدُ الْكَلِمَةَ ثَلَاثًا لِتُعْقَلَ عَنْهُ»

226

3. Hasan bin Ali bercerita, “Aku bertanya kepada pakcikku, Hindun bin Abi Halah. Beliau adalah orang yang mengetahui banyak perkara mengenai Rasulullah. Aku berkata:

Beritahulah kepadaku bagaimanakah cara Rasulullah bercakap! Hindun menjawab, “Rasulullah adalah seorang yang selalu bersedih (semasa mengadu kepada Tuhannya dan menyaksikan kebesaranNya, bukan kerana keduniaan). Beliau tidak pernah berhenti berfikir, lebih banyak diam, tidak bercakap hal yang sia-sia. Beliau memulakan dan mengakhiri percakapan dengan menyebut nama Allah. Beliau bercakap dengan ringkas namun penuh makna. Kata-kata beliau terperinci, tidak berlebihan dan tidak dikurangkan.

 

Beliau bukan seorang yang keras (kasar) dan tidak suka menghina. Beliau selalu mensyukuri nikmat Allah walaupun sedikit dan tidak pernah sekali pun mencela kurniaan yang diberikan. Beliau tidak pernah mengeji mahupun memuji makanan.

 

Beliau tidak pernah marah disebabkan urusan duniawi. Namun, jika kebenaran dilanggar, tidak ada satu pun yang dapat menghalang kemarahan beliau sehinggalah kebenaran itu ditegakkan semula. Beliau tidak pernah marah dan tidak akan meminta pembelaan berkaitan urusan peribadi.

 

Jika menunjukkan sesuatu, Rasulullah selalu menggunakan seluruh telapak tangan beliau. Sekiranya beliau kagum akan sesuatu, beliau membalikkan telapak tangan. Apabila berbicara menjelaskan sesuatu, beliau selalu memukulkan telapak tangan kanan ke perut ibu jari kiri.

 

Jika Rasulullah marah kepada seseorang, beliau akan berpaling daripada orang itu dan menghindar. Apabila menyenangi seseorang, Rasulullah akan menjaga pandangan mata beliau. Kebanyakan tawa beliau adalah senyuman, giginya seumpama butiran mutiara. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ قَالَ: سَأَلْتُ خَالِي هِنْدُ بْنُ أَبِي هَالَةَ، وَكَانَ وَصَّافًا، فَقُلْتُ: صِفْ لِي مَنْطِقَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاصِلَ الْأَحْزَانِ دَائِمَ الْفِكْرَةِ لَيْسَتْ لَهُ رَاحَةٌ، طَوِيلُ السَّكْتِ، لَا يَتَكَلَّمُ فِي غَيْرِ حَاجَةٍ، يَفْتَتِحُ الْكَلَامَ وَيَخْتِمُهُ بِاسْمِ اللَّهِ تَعَالَى، وَيَتَكَلَّمُ بِجَوَامِعِ الْكَلِمِ، كَلَامُهُ فَصْلٌ، لَا فُضُولَ وَلَا تَقْصِيرَ، لَيْسَ بِالْجَافِي وَلَا الْمُهِينِ، يُعَظِّمُ النِّعْمَةَ، وَإِنْ دَقَّتْ لَا يَذُمُّ مِنْهَا شَيْئًا غَيْرَ أَنَّهُ لَمْ يَكُنْ يَذُمُّ ذَوَّاقًا وَلَا يَمْدَحُهُ، وَلَا تُغْضِبُهُ الدُّنْيَا، وَلَا مَا كَانَ لَهَا، فَإِذَا تُعُدِّيَ الْحَقُّ لَمْ يَقُمْ لِغَضَبِهِ شَيْءٌ حَتَّى يَنْتَصِرَ لَهُ، وَلَا يَغْضَبُ لِنَفْسِهِ، وَلَا يَنْتَصِرُ لَهَا، إِذَا أَشَارَ أَشَارَ بِكَفِّهِ كُلِّهَا، وَإِذَا تَعَجَّبَ قَلَبَهَا، وَإِذَا تَحَدَّثَ اتَّصَلَ بِهَا، وَضَرَبَ بِرَاحَتِهِ الْيُمْنَى بَطْنَ إِبْهَامِهِ الْيُسْرَى، وَإِذَا غَضِبَ أَعْرَضَ وَأَشَاحَ، وَإِذَا فَرِحَ غَضَّ طَرْفَهُ، جُلُّ ضَحِكِهِ التَّبَسُّمُ، يَفْتَرُّ عَنْ مِثْلِ حَبِّ الْغَمَامِ»

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014