Kuliah Sahih Muslim 29/12/2010 - Benarkah Sebelum Nabi s.a.w. Tidak Ada Orang Yang Bernama Muhammad?

Primary tabs

Kuliah Sahih Muslim oleh Maulana Mohd Asri Yusoff pada 19 Disember 2010. Kali ini dibahaskan tajuk: 
Bab: Nama-nama Nabi s.a.w.


Isikandungan video (timeline):
00:00:00 Pembacaan Matan Hadis: Bab: Nama-nama Nabi s.a.w.
00:02:42 Pembacaan Matan Hadis: Bab: Pengetahuan Nabi s.a.w. Tentang Allah dan Sangat Takutnya Kepada Allah.
00:04:33 Pembacaan Matan Hadis: Bab: Kewajipan Mengikut Nabi s.a.w.
00:08:01 Terjemahan Matan Hadis: Bab: Nama-nama Nabi s.a.w.
00:12:20 Terjemahan Matan Hadis: Bab: Pengetahuan Nabi s.a.w. Tentang Allah dan Sangat Takutnya Kepada Allah.
00:15:14 Terjemahan Matan Hadis: Bab: Kewajipan Mengikut Nabi s.a.w.
00:19:00 Syarah Hadis: Bab: Uban Nabi s.a.w. (sambungan kuliah sebelumnya). Apa hukum mencabut uban?
00:26:11 Apakah Maksud mengubah kejadian Allah? Apakah dengan mewarna rambut yang beruban dikatakan sebagai telah mengubah kejadian ciptaan Allah?
00:33:23 Syarah Hadis: Bab: Lamanya Kadar Umur Nabi  s.a.w. dan Jangkamasa Baginda Berada Di Mekah dan Madinah (sambungan kuliah sebelumnya). Ibnu Abbas telah berhujah menggunakan perkataan penyair. Bolehkah ia dijadikan hujah. Siapakah penyair yang menjadi rujukan Ibnu Abbas itu?
00:43:12 Syarah Hadis: Bab: Nama-nama Nabi s.a.w. Ada berapa nama Nabi s.a.w. Apakah maksud Muhammad dan Ahmad? Kenapa Nabi s.a.w. diberi nama Muhammad? Apakah benar sebelum Nabi s.a.w. tidak pernah ada bernama Muhammad?
00:54:00 Kerana cintakan Nabi s.a.w., ada ulama hingga tujuh keturunan bernama Muhammad.
00:55:34 Nama Nabi s.a.w. banyak sebanyak sifatnya. Seperti nama Allah, ia banyak sebanyak sifatNya dan tidak terhad hanya 99 sahaja.
01:00:21 Maksud sabda Nabi s.a.w: "Saya yang menghapuskan denganku akan kekufuran (al-Mahi).."
01:04:51 Maksud Sabda Nabi s.a.w.: " Sayalah yang menghimpunkan manusia mengikut jejak langkahku (al-Hasyir). Sayalah yang datang kemudian yang tidak ada lagi nabi  selepasnya (al-Aqib)." Maksud Nabiut Taubah dan Nabiur Rahmah.

Kategori Berita: