Al-Syama'il: Bab 47. Tawadhu' Rasulullah (13 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

47

Tawadhu' Rasulullah (13 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي تَوَاضُعِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

331

1. Umar bin Khattab berkata:

Rasulullah berpesan, “Janganlah kamu semua melampaui batas semasa memujiku, sebagaimana orang Nasrani melampaui batas memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, oleh itu katakanlah aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Tirmizi)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ إِنَّمَا أَنَا عَبْدٌ فَقُولُوا: عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ "

332

2. Anas bin Malik meriwayatkan:

Seorang wanita bertemu dengan Rasulullah dan berkata, “Sebenarnya, aku memiliki hajat kepadamu.” Rasulullah membalas, “Duduklah di mana sahaja yang kamu mahu di Madinah, aku pasti datang (buat mendengarkan hajat kamu).” (Diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)

أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ امْرَأَةً جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ لَهُ: إِنَّ لِي إِلَيْكَ حَاجَةً، فَقَالَ: «اجْلِسِي فِي أَيِّ طَرِيقِ الْمَدِينَةِ شِئْتِ أَجْلِسْ إِلَيْكِ»

333

3. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah melawat orang sakit, menyaksikan pengurusan jenazah, menunggang keldai, menghadiri jemputan seorang berpangkat hamba. Semasa berperang dengan Bani Quraizah, Baginda menunggang keldai yang tali kendali dan pelananya diperbuat daripada rumput kering. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُ الْمَرِيضَ، وَيَشْهَدُ الْجَنَائِزَ، وَيَرْكَبُ الْحِمَارَ، وَيُجِيبُ دَعْوَةَ الْعَبْدِ، وَكَانَ يَوْمَ بَنِي قُرَيْظَةَ عَلَى حِمَارٍ مَخْطُومٍ بَحَبْلٍ مِنْ لِيفٍ وَعَلَيْهِ إِكَافٌ مِنْ لِيفٍ»

334

4. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah pernah diundang makan roti gandum dengan lemak basi. Baginda memenuhi undangan itu. Baginda juga memiliki sepasang baju perang yang digadaikan kepada seorang Yahudi. Sehingga wafat, Rasulullah tidak mampu menebus semula baju perang itu. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa’i)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُدْعَى إِلَى خُبْزِ الشَّعِيرِ وَالْإِهَالَةِ السَّنِخَةِ فَيُجِيبُ. وَلَقَدْ كَانَ لَهُ دِرْعٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ فَمَا وَجَدَ مَا يَفُكُّهَا حَتَّى مَاتَ»

335

5. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah menunaikan haji sambil duduk di atas pelana usang yang dialas kain baldu yang berharga tidak sampai empat dirham. Baginda berdoa, “Ya Allah, jadikanlah ibadah ini haji yang tidak ada riya’ dan tidak ada sum’ah.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: حَجَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى رَحْلٍ رَثٍّ وَعَلَيْهِ قَطِيفَةٌ لَا تُسَاوِي أَرْبَعَةَ دَرَاهِمَ فَقَالَ: «اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا لَا رِيَاءَ فِيهِ وَلَا سُمْعَةَ»

336

6. Anas bin Malik berkata:

Tidak ada seorang pun yang paling disayangi oleh para sahabat selain Rasulullah. Apabila mereka melihat Rasulullah, mereka tidak berdiri sebab mereka tahu Baginda tidak suka perbuatan itu. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «لَمْ يَكُنْ شَخْصٌ أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ» قَالَ: «وَكَانُوا إِذَا رَأَوْهُ لَمْ يَقُومُوا، لِمَا يَعْلَمُونَ مِنْ كَرَاهَتِهِ لِذَلِكَ»

337

7. Hasan bin Ali berkata:

Aku pernah bertanya kepada pakcikku, Hindun bin Abu Halah, mengenai sifat Rasulullah. Aku mahu mendengar beliau menceritakan beberapa sifat

Rasulullah.

 

Kata Hindun:

Rasulullah adalah seorang yang agung dan berwibawa. Wajahnya cerah berseri umpama kilau bulan purnama. Lalu, Hindun menyebutkan hadis sehingga akhir... (hadis no 8).

 

Al-Hasan berkata, “Aku merahsiakan keterangan sifat-sifat Rasulullah daripada al-Husain dalam jangka masa yang lama. Apabila aku menyampaikan hadis mengenai sifat-sifat Rasulullah kepada al-Husain, rupa-rupanya beliau sudah mengetahuinya sebelum aku. Beliau pernah bertanya kepada Hindun apa yang aku tanyakan. Malah, beliau juga pernah bertanya kepada ayahnya mengenai masa Rasulullah masuk dan keluar rumah dan fizikal beliau. Ayah beliau menceritakan semuanya, tidak terkecuali satu hal pun. Al-Husein bin Ali bercerita, “Aku bertanya kepada ayahku mengenai sifat Rasulullah apabila masuk rumah.”

 

Ayahku menjawab, “Apabila Rasulullah sudah sampai dan masuk rumah, Baginda membahagikan masa Baginda kepada tiga bahagian. Satu bahagian untuk Allah, satu bahagian untuk keluarga Baginda dan satu bahagian untuk diri Baginda sendiri. Bahagian diri Baginda dibahagi pula kepada dua bahagian lagi, untuk diri Baginda dan untuk umat Baginda. Bahagian untuk umat, Baginda gunakan bersama orang tertentu bagi maslahat orang ramai. Rasulullah tidak menyembunyikan satu perkara pun daripada mereka. Antara kebiasaan Rasulullah semasa bersama umat Baginda adalah mendahulukan mereka yang mulia dengan izin Baginda bagi menyampaikan permasalahan umat.

 

Rasulullah membahagikan permasalahan umat itu berdasarkan peringkat maslahat mereka dalam masalah agama. Ada antara mereka yang mempunyai satu hajat (berkaitan agama), dua hajat dan lebih. Rasulullah menyibukkan diri menguruskan mereka yang berhajat itu. Daripada pertanyaan-pertanyaan itu, Rasulullah membimbing mereka melakukan hal yang memberi kebaikan kepada diri mereka sendiri dan seluruh umat. Baginda juga memberitahu apa yang sebaiknya untuk mereka. Rasulullah berpesan.

“Kamu semua yang hadir di sini hendaklah menyampaikan kepada mereka yang tidak hadir. Sampaikan juga kepadaku hajat mereka yang tidak mampu menyampaikannya sendiri. Sebab, sesiapa yang menyampaikan hajat orang lain yang tidak mampu kepada seorang pemerintah, Allah akan teguhkan kakinya pada hari Kiamat.”

 

Hal-hal yang diceritakan kepada Rasulullah hanya yang bermanfaat sahaja. Baginda tidak menerima kecuali jika hal itu diperlukan dan bermanfaat untuk orang yang menyampaikan. Para pembesar bertemu dengan Rasulullah dengan membawa pelbagai permintaan dan masalah. Mereka tidak pulang kecuali selepas mendapat bekalan (ilmu dan akhlak) dan keluar bersama dalil (sebagai petunjuk kepada kebaikan).”

Al-Husein bin Ali bercerita lagi, “Lalu, aku bertanya mengenai sifat Rasulullah ketika keluar dari rumah, apakah yang dilakukan oleh Baginda?” Ayahku menjawab, “Rasulullah menahan dan menjaga lisan Baginda, kecuali pada hal-hal yang bermanfaat untuknya.” Rasulullah mampu membuatkan hati mereka dekat dan senang dengan Baginda, dan tidak menjadikan mereka berpaling daripada Baginda. Rasulullah memuliakan orang yang mulia dalam setiap kaum dan menempatkannya sebagai pemimpin untuk kaum itu. Rasulullah selalu memberi peringatan kepada manusia. Baginda juga menjaga diri daripada keburukan manusia, tanpa menyembunyikan wajah Baginda yang ceria dan akhlak Baginda yang mulia.

 

Rasulullah memerhatikan keadaan para sahabat Baginda dan bertanya apa yang sedang berlaku kepada umat Baginda. Rasulullah memuji perbuatan yang baik dan mencela perbuatan yang buruk. Semua perkara menurut Baginda adalah sederhana. Tidak kurang dan tidak lebih.

Rasulullah tidak pernah lalai, bimbang sekiranya mereka akan lalai dan berpaling. Baginda mempunyai ukuran dan persiapan bagi semua perkara. Baginda tidak mengurangi hak yang benar atau melampaui batasnya. Orang yang hampir dengan Rasulullah adalah manusia yang terbaik. Orang yang paling mulia di sisi Rasulullah adalah orang yang paling banyak memberi nasihat kepada umat. Orang yang paling agung kedudukannya di sisi Rasulullah adalah mereka yang mempunyai kebaikan menolong dan membantu Baginda.”

 

Al-Husein bin Ali meneruskan cerita beliau, “Aku bertanya pula mengenai duduk Rasulullah.” Ayahku menjawab, “Rasulullah tidak bangun dan tidak duduk kecuali dengan berzikir. Apabila Baginda menghampiri satu kaum (yang sedang duduk), Baginda akan duduk di tempat kosong dalam majlis itu. Baginda memerintahkan supaya umatnya melakukan perkara yang sama (apabila menghadiri majlis).

Rasulullah memberikan hak kepada setiap orang yang duduk mendengarkan Baginda. la menjadikan sesiapa yang duduk dalam majlis itu merasakan tidak ada seorang pun yang lebih mulia di sisi Baginda daripada diri mereka sendiri. Sesiapa yang mengajak Rasulullah duduk ataupun berbincang mengenai suatu hajat, Baginda akan bersabar sehingga orang itu menyudahkan percakapannya dan pergi terlebih dahulu.

 

Sesiapa pun yang memohon hajat kepada Rasulullah, tidak akan ditolak selagi Baginda mampu memenuhinya, ataupun jika tidak mampu, Baginda akan menyatakan dengan ayat yang paling baik. Wajah Baginda yang tenang dan akhlak Baginda yang indah dapat dirasakan oleh seluruh manusia. Rasulullah umpama bapa kepada mereka dan mereka memiliki hak yang sama di sisi Baginda. Majlis Rasulullah adalah majlis yang dipenuhi dengan sifat malu, amanah dan sabar. Tidak ada yang meninggikan suara, tidak ada mahram yang dicela, tidak ada keburukan yang disebarkan. Mereka semua sama kedudukannya. Mereka saling menghormati, penuh takwa dan saling merendah diri. Dalam majlis itu, mereka menghormati orang yang tua, menyayangi anak muda, mendahulukan yang memiliki hajat dan menjaga (hak) orang yang baru di kalangan mereka. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ قَالَ: سَأَلْتُ خَالِي هِنْدَ بْنَ أَبِي هَالَةَ، وَكَانَ وَصَّافًا عَنْ حِلْيَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَنَا أَشْتَهِي أَنْ يَصِفَ لِي مِنْهَا شَيْئًا، فَقَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخْمًا مُفَخَّمًا، يَتَلَأْلَأُ وَجْهُهُ تَلَأْلُؤَ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ» فَذَكَرَ الْحَدِيثَ بِطُولِهِ قَالَ الْحَسَنُ: «فَكَتَّمْتُهَا الْحُسَيْنَ زَمَانًا، ثُمَّ حَدَّثْتُهُ فَوَجَدْتُهُ قَدْ سَبَقَنِي إِلَيْهِ. فَسَأَلَهُ عَمَّا سَأَلْتُهُ عَنْهُ وَوَجَدْتُهُ قَدْ سَأَلَ أَبَاهَا عَنْ مَدْخَلِهِ وَمَخْرَجِهِ وَشَكْلِهِ فَلَمْ يَدَعْ مِنْهُ شَيْئًا»

قَالَ الْحُسَيْنُ: فَسَأَلْتُ أَبِي، عَنْ دُخُولِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: كَانَ " إِذَا أَوَى إِلَى مَنْزلِهِ جَزَّأَ دُخُولَهُ ثَلَاثَةَ أَجْزَاءٍ، جُزْءًا لِلَّهِ، وَجُزْءًا لِأَهْلِهِ، وَجُزْءًا لِنَفْسِهِ، ثُمَّ جَزَّأَ جُزْأَهُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّاسِ، فَيَرُدُّ ذَلِكَ بِالْخَاصَّةِ عَلَى الْعَامَّةِ، وَلَا يَدَّخِرُ عَنْهُمْ شَيْئًا، وَكَانَ مِنْ سِيرَتِهِ فِي جُزْءِ الْأُمَّةِ إِيثَارُ أَهْلِ الْفَضْلِ بِإِذْنِهِ وَقَسْمِهِ عَلَى قَدْرِ فَضْلِهِمْ فِي الدِّينِ، فَمِنْهُمْ ذُو الْحَاجَةِ، وَمِنْهُمْ ذُو الْحَاجَتَيْنِ، وَمِنْهُمْ ذُو الْحَوَائِجِ، فَيَتَشَاغَلُ بِهِمْ وَيَشْغَلُهُمْ فِيمَا يُصْلِحُهُمْ وَالْأُمَّةَ مِنْ مُسَاءَلَتِهِمْ عَنْهُ وَإِخْبَارِهِمْ بِالَّذِي يَنْبَغِي لَهُمْ وَيَقُولُ: «لِيُبَلِّغِ الشَّاهِدُ مِنْكُمُ الْغَائِبَ، وَأَبْلِغُونِي حَاجَةَ مَنْ لَا يَسْتَطِيعُ إِبْلَاغَهَا، فَإِنَّهُ مَنْ أَبْلَغَ سُلطَانًا حَاجَةَ مَنْ لَا يَسْتَطِيعُ إِبْلَاغَهَا ثَبَّتَ اللَّهُ قَدمَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ» ، لَا يُذْكَرُ عِنْدَهُ إِلَا ذَلِكَ، وَلَا يُقْبَلُ مِنْ أَحَدٍ غَيْرِهِ، يَدْخُلُونَ رُوَّادًا وَلَا يَفْتَرِقُونَ إِلَا عَنْ ذَوَاقٍ، وَيُخْرِجُونَ أَدِلَّةً يَعْنِي عَلَى الْخَيْرِ "

قَالَ: فَسَأَلْتُهُ عَنْ مَخْرَجِهِ كَيْفَ يَصْنَعُ فِيهِ؟ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرِنُ لِسَانُهُ إِلَا فِيمَا يَعْنِيهِ، وَيُؤَلِّفُهُمْ وَلَا يُنَفِّرُهُمْ، وَيُكْرِمُ كَرَيمَ كُلِّ قَوْمٍ وَيُوَلِّيهِ عَلَيْهِمْ، وَيُحَذِّرُ النَّاسَ وَيَحْتَرِسُ مِنْهُمْ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَطْوِيَ عَنْ أَحَدٍ مِنْهُمْ بِشْرَهُ وَخُلُقَهُ، وَيَتَفَقَّدُ أَصْحَابَهُ، وَيَسْأَلُ النَّاسَ عَمَّا فِي النَّاسِ، وَيُحَسِّنُ الْحَسَنَ وَيُقَوِّيهِ، وَيُقَبِّحُ الْقَبِيحَ وَيُوَهِّيهِ، مُعْتَدِلُ الْأَمْرِ غَيْرُ مُخْتَلِفٍ، لَا يَغْفُلُ مَخَافَةَ أَنْ يَغْفُلُوا أَوْ يَمِيلُوا، لِكُلِّ حَالٍ عِنْدَهُ عَتَادٌ، لَا يُقَصِّرُ عَنِ الْحَقِّ وَلَا يُجَاوِزُهُ. الَّذِينَ يَلُونَهُ مِنَ النَّاسِ خِيَارُهُمْ، أَفْضَلُهُمْ عِنْدَهُ أَعَمُّهُمْ نَصِيحَةً، وَأَعْظَمُهُمْ عِنْدَهُ مَنْزِلَةً أَحْسَنُهُمْ مُوَاسَاةً وَمُؤَازَرَةً»

قَالَ: فَسَأَلْتُهُ عَنْ مَجْلِسِهِ، فَقَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَقُومُ وَلَا يَجَلِسُ إِلَا عَلَى ذِكْرٍ، وَإِذَا انْتَهَى إِلَى قَوْمٍ جَلَسَ حَيْثُ يَنْتَهِي بِهِ الْمَجْلِسُ وَيَأْمُرُ بِذَلِكَ، يُعْطِي كُلَّ جُلَسَائِهِ بِنَصِيبِهِ، لَا يَحْسَبُ جَلِيسُهُ أَنَّ أَحَدًا أَكْرَمُ عَلَيْهِ مِنْهُ، مَنْ جَالَسَهُ أَوْ فَاوَضَهُ فِي حَاجَةٍ صَابَرَهُ حَتَّى يَكُونَ هُوَ الْمُنْصَرِفُ عَنْهُ، وَمَنْ سَأَلَهُ حَاجَةً لَمْ يَرُدَّهُ إِلَا بِهَا أَوْ بِمَيْسُورٍ مِنَ الْقَوْلِ، قَدْ وَسِعَ النَّاسَ بَسْطُهُ وَخُلُقُهُ، فَصَارَ لَهُمْ أَبًا وَصَارُوا عِنْدَهُ فِي الْحَقِّ سَوَاءً، مَجْلِسُهُ مَجْلِسُ عِلْمٍ وَحِلْمٍ وَحَيَاءٍ وَأَمَانَةٍ وَصَبْرٍ، لَا تُرْفَعُ فِيهِ الْأَصْوَاتُ وَلَا تُؤْبَنُ فِيهِ الْحُرَمُ، وَلَا تُثَنَّى فَلَتَاتُهُ مُتَعَادِلِينَ، بَلْ كَانُوا يَتَفَاضَلُونَ فِيهِ بِالتَّقْوَى، مُتَوَاضِعِينَ يُوقِّرُونَ فِيهِ الْكَبِيرَ وَيَرْحَمُونَ فِيهِ الصَّغِيرَ، وَيُؤْثِرُونَ ذَا الْحَاجَةِ وَيَحْفَظُونَ الْغَرِيبَ»

 

338

8. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah berkata, “Seandainya aku diberi hadiah berupa daging bahagian betis, aku pasti menerimanya. Apabila aku dijemput (oleh sesiapapun), aku akan memenuhi jemputan itu.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi dan Ahmad)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لوْ أُهْدِيَ إِلَيَّ كُرَاعٌ لَقَبِلتُ، وَلوْ دُعِيتُ عَلَيْهِ لَأَجَبْتُ»

339

9. Jabir bin Abdullah berkata:

Rasulullah pernah datang bertemu denganku tanpa menunggang baghal (peranakan keldai dan kuda) mahupun birdzaun (kuda Turki). (Diriwayatkan oleh Bukhari, Abu Daud dan Tirmizi)

عَنْ جَابِرٍ قَالَ: «جَاءَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ برَاكِبِ بَغْلٍ وَلَا بِرْذَوْنٍ»

340

10. Yusuf bin Abdullah bin Salam berkata:

Rasulullah memberi aku nama Yusuf, lalu mendudukkan aku di pangkuan Baginda dan mengusap kepalaku. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ahmad)

يُوسُف بْنَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَلَّامٍ قَالَ: «سَمَّانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوسُفَ وَأَقْعَدَنِي فِي حِجْرِهِ وَمَسَحَ عَلَى رَأْسِي»

341

11. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah mengerjakan haji sambil duduk di atas pelana usang yang beralaskan kain baldu, yang menurut kami berharga empat dirham. Apabila tunggangan Baginda bersedia bergerak, Baginda berdoa, “Wahai Tuhanku! Aku menyambut panggilan-Mu dengan haji yang tidak ada sum’ah dan tidak ada riya’.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَجَّ عَلَى رَحْلٍ رَثٍّ وَقَطِيفَةٍ، كُنَّا نَرَى ثَمَنَهَا أَرْبَعَةَ دَرَاهِمَ، فَلَمَّا اسْتَوَتْ بِهِ رَاحِلَتُهُ قَالَ: «لَبَّيْكَ بِحَجَّةٍ لَا سُمْعَةَ فِيهَا وَلَا رِيَاءَ»

342

12. Anas bin Malik berkata:

Seorang tukang jahit menjemput Rasulullah makan. Beliau menghidangkan roti dengan gulai daging dan labu untuk Rasulullah. Apabila Rasulullah makan labu, Baginda menyukainya.

Tsabit berkata, beliau mendengar Anas berkata yang bermaksud, Baginda mahu supaya makanan yang disediakan untuknya adalah labu ataupun apa sahaja hidangan yang dicampur labu. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ رَجُلًا خَيَّاطًا دَعَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَرَّبَ مِنْهُ ثَرِيدًا عَلَيْهِ دُبَّاءُ قَالَ: «فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْخُذُ الدُّبَّاءَ وَكَانَ يُحِبُّ الدُّبَّاءَ» قَالَ ثَابِتٌ: فَسَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ: «فَمَا صُنِعَ لِي طَعَامٌ أَقْدَرُ عَلَى أَنْ يُصْنَعَ فِيهِ دُبَّاءُ إِلَا صُنِعَ»

343

13. Amrah berkata:

Seseorang bertanya kepada Aisyah, “Apakah yang Rasulullah lakukan di rumah?” Aisyah menjawab, “Baginda sama seperti orang lain. Baginda menjahit pakaian, memerah susu kambing dan menyiapkan keperluan diri Baginda sendiri." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Tirmizi)

عَنْ عَمْرَةَ، قَالَتْ: قِيلَ لِعَائِشَةَ: مَاذَا كَانَ يَعْمَلُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِهِ؟ قَالَتْ: «كَانَ بَشَرًا مِنَ الْبَشَرِ، يَفْلِي ثَوْبَهُ، وَيَحْلُبُ شَاتَهُ، وَيَخْدُمُ نَفْسَهُ»

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014