November 2010

Hercules : yakin tidak semestinya beriman

Keyakinan kepada kebenaran sahaja tidak mencukupi untuk membuat seseorang itu beriman. Sejarah membuktikan, walaupun kebenaran di hadapan mata, namun belum tentu seseorang itu akan menerima kebenaran tersebut. Misalnya bapa saudara Nabi sendiri, Abu Thalib bin Abu Mutallib atau nama sebenarnya Imran, tidak memeluk agama Islam sehinggalah beliau mati.

Abu Thalib pernah menulis sebuah syair menceritakan tentang Nabi :saw yang membayangkan bahawa beliau tahu akan kebenaran agama yang dibawa oleh anak buahnya itu.

وإني لأعلم أن دين محمـد
من خير أديان البريّة دينا
لولا الملامة أو حذار مسبّة

لوجدتني سمحا بذاك مبينا

Apa Status Kisah Nabi s.a.w. Sentiasa Dinaungi Awan?

Akibat Terlajak Mengasihi Rasulullah s.a.w.
1. Akibat buruk kerana terlalu mengasihi Nabi s.a.w. sehingga melampaui batas. Ia akan menyebabkan Nabi s.a.w. itu tidak dianggap sebagai manusia biasa lagi tetapi akan dianggap seperti tuhan.
2. Antara puncanya ialah kerana menerima riwayat-riwayat yang tidak sahih berkaitan dengan Nabi s.a.w.
3. Antara kisah-kisah yang popular yang banyak beredar di tengah-tengah masyarakat ialah Nabi s.a.w. sentiasa dinaungi oleh awan, baginda s.a.w. tidak mempunya bayang-bayang dan sebagainya.

Wang Yang Disatukan – Bila Mahu Dibersihkan?

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad (AJK PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Kuala Selangor)

Asalnya memang malas hendak melayan isu ini. Memang kata orang, kerja orang politik senantiasa hendak menjatuhkan lawan. Mutakhir tampak macam Umno mencetus isu, mengambil sebanyaknya ‘mileage’ dan kemudiannya meninggalkan isu begitu sahaja. Pakatan hanya ‘mengekor’ sahaja dan bertindak reaktif. Contohnya mana isu YB Neo Ching masuk masjid, isu Kalimah Allah dsbnya.

Tak putus-putus serangan dibuat. Tapi kali ini Umno silap congak. PAS dan Pakatan tidak akan izinkan Umno mencetuskan isu dan melenyapkan isu ini begitu sahaja. Kali ini, PAS akan lanjutkan sehingga terlondeh Umno! Isu ini akan akhirnya ke Parlimen lagi!

Mimpi Bertemu Rasulullah s.a.w. Siri 2

Daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Barangsiapa yang bermimpi melihatku maka sesungguhnya dia telah benar-benar melihatku.

Apa Maksud: Sesungguhnya Dia Telah Benar-benar Melihatku:

  • Pendapat 1: Memang benar-benar melihat zat atau diri Nabi s.a.w.
  • Pendapat 2: Bukan melihat zat sebenar Nabi s.a.w. tetapi dia melihat gambarannya.
  • Pendapat 3: Al-Qadhi Ibnul Arabi: Jika dia bermimpi melihat Nabi s.a.w. dengan sifat-sifat seperti yang ada dalam hadis-hadis yang sahih , maka dia telah melihat zat diri Nabi s.a.w. Jika tidak, maka dia telah melihat gambaran Nabi s.a.w. bukan zatnya.
  • Pendapat 4: Al-Imam al-Ghazali rhm: Melihatku bukan bermaksud melihat jisim dan tubuh zat Nabi s.a.w., tetapi hanya melihat gambarannya sahaja yang mana ia menjadi saluran untuk Baginda s.a.w. menyampaikan mesejnya.

[Dr Abu Anas Madani] Ulasan Buku - Terima Kasih Wahai Para Musuh

ULASAN SEBUAH BUKU YANG MENARIK – Syukran Ayyuhal A’ada - شكرا أيها الأعدآء

Oleh: Abu Anas & Abu Fatih, Makkah, 20 Zulhijjah 1431H.

Susunan: Fadhilat al-Syeikh Dr. Salman al-Audah*
Syukran Ayyuhal A’ada - “Terima Kasih Wahai Para Musuh”.

Satu tajuk yang bersifat ironik tetapi penuh dengan makna yang tersirat.

[Fatwa] Hukum membuat anak patung

Keputusan: Mengukir/membuat patung -patung manusia dan binatang adalah haram kecuali untuk permainan kanak-kanak atau bagi tujuan pendidikan , pembelajaran atau pengetahuan. Pekerjaan membuat patung mainan dan pendidikan adalah harus pada syarak.

Keterangan/Hujah:
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Nombor Rujukan: HF1988-89 Kertas No. 11/89  [e-fatwa.gov.my]

Subky Latif: Ulama muda pilih teguran sir

Oleh: Subky Latif

ULAMA muda UMNO yang 40 orang itu memilih kaedah sir iaitu cara tersembunyi bagi menengur pimpinan  UMNO dan pimpinan kerajaan jika berlaku sesuatu perlanggaran terhadap Islam.

Seperti pengumuman Perdana Menteri dalam bajet 2011 bagi menjadikan Malaysia hub hiburan malam dan siang.

Ulama tua baik yang bekerja dengan kerajaan seperti Mufti Perak dan ulama haraki membuat teguran terbuka. Tiada kenyataan dari ulama muda UMNO. Reaksi mereka mengikut jurucakapnya, teguran mereka secara sir.

Ertinya, mereka bekerja tetapi apa yang dibuat tidak diketahui umum.

Ulama Muda UMNO: Taati pemerintah dalam urusan pelaksanaan solat Jumaat

Oleh NAWAWI SUBANDI

BARU-BARU ini kita digemparkan dengan sebuah perkhabaran adanya sekumpulan umat Islam yang melaksanakan solat Jumaat berasingan dengan tempat solat (masjid) yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan agama.

Mengambil isu perkhabaran tersebut, penulis mengambil inisiatif untuk meneliti beberapa perincian berkaitan kewajipan mentaati pemerintah dalam urusan pelaksanaan solat Jumaat, iaitu bersolat Jumaat bersama-sama dengan pemerintah atau wakilnya di masjid-masjid yang telah mereka tetapkan (wartakan).