March 2011

Dr Salman bin Fahd al-Audah: Dunia Bukan Berakhir Pada 2012 Tapi Akan Bermula..

Petikan kata-kata Dr Salman bin Fahd al-Audah di status Facebook-nya:
Apakah dunia ini akan berakhir pada tahun 2012? Pengetahuan tentang yang ghaib hanya pada Allah. Namun saya sangat optimis bahawa alam ini akan bermula pada tahun 2012 yang akan membawa semangat baru, harapan yang cerah dan peluang yang menjanjikan.. Kita tidak boleh membiarkan kesudahan yang mengerikan itu sebagai pembunuh kegembiraan kita di masa depan. Allah memberikan jutaan jumlah kehidupan untuk setiap detik berbanding dengan sedikitnya jumlah kematian.

[Yang Ditunggu2!!] Isu Bersedekap: Kenapalah URD Tidak Mahu Mengakui Kesilapannya.?

1. Ustaz Adlan Abd Aziz mengirimkan artikel baru ke al-ahkam.net. Artikel yang dinanti-nantikan... Apakah respond balas dari ustaz Adlan terhadap jawapan Ustaz Rasul Dahri (URD) mengenai isu bersedekap di atas dada ketika solat. Jawapan URD terhadap teguran ustaz Adlan ini disalurkan melalui mukadimah buku terbarunya (Bertaqwalah Kepada Allah! Perbaikilah Solat Safar Anda! Dengan Mencontohi Solat Jamak & Qasar Rasulullah).

2. Dapat kita simpulkan bahawa kalaulah URD mengakui sahaja kesilapannya, sudah tentu banyak perkara akan selesai.

Penolakan total terhadap Nasionalisme : Gerakan Islam perlu nilai semula!

Oleh: abu aiman muda

Fahaman Nasionalisme atau Kebangsaan bermaksud, “perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam” (Kamus Dewan, ms.1072).

Nasionalisme dengan makna ini jelas satu fahaman yang luhur dan murni. Semua orang menerima akan keluhuran dan kemurnian kecintaan kepada bangsa dan Negara.
Ia bukan sekadar luhur dan murni.

Tapi ia juga mendorong manusia mencetuskan tindakan yang juga murni dan luhur. Kerana kecintaan kepada bangsa dan negaralah, manusia berjuang dengan ikhlas.

Kategori Berita: 

Wawancara Dr Ahmad Najib: Keramat Tok Kenali (Siri 10 /Akhir)

Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah
- Dr Ahmad Najib merupakan keturunan Tok Kenali.
- Banyak cerita berkaitan keramat Tok Kenali dari mulut ke mulut. Sebahagiannya diceritakan oleh anak murid beliau yang mendakwa telah melihatnya.
- Ayah Dr Ahmad Najib Ustaz Abdullah al-Qari ada menghimpunkan berkaitan keramat berkenaan.
- Kesahihan cerita-cerita berkenaan tidak dapat disahkan.
- Ada kemungkinan Tok Kenali dikurniakan karamah oleh Allah Taala.

[SEGERA!] [sms] Ust Adlan BANGKIT Mencabar

SMS diterima dari Ustaz Adlan Abdu Aziz sebagai respond dari video penjelasan Ustaz Abd Rasyid Idris berkaitan bersedekap di atas dada. Berikut SMSnya:

Ustaz Adlan: Utk mengelakkan kekeliruan, saya tegaskan beberapa perkara secara ringkas:
1. Sememangnya saya berpegang bahawa sedekap di atas dada BUKAN sunnah salafussoleh.
2. Kepada yg tidak bersetuju, sila kemukakan hujah bahawa ada salafussoleh yg pernah BERAMAL/BERFATWA 'sedekap di atas dada'.
3. Kepada yg mendakwa mereka 'terbuka', sila nyatakan adakah pandangan berikut terbuka? - rujuk buku Asl Sifat Solat anNabi, jilid 1,m.s. 218.
Sekian.

Wawancara Dr Ahmad Najib: Nasihat Berkaitan Tafsir al-Quran (Siri 9)

Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah
Nasihat Berkaitan Tafsir al-Quran:
- Pemerintah hendaklah menyediakan kepada rakyat awamnya satu bentuk kitab tafsir yang terbaik.
- Tafsir Pimpinan ar-Rahman adalah terbaik, namun perlu penambahbaikan berdasarkan keperluan semasa. Diperlukan juga kitab-kitab tafsir lain untuk rujukan.
- Untuk pihak ustaz/guru agama kebanyakannya tahu membuat rujukan, cuma mereka perlu belajar tentang manhaj tafsir.
- Mereka perlu saling belajar dan bertanya kepada ustaz/guru yang lebih pakar.
- Perlunya sebuah rumah sebuah kitab tafsir.

Wawancara Dr Ahmad Najib: Jenis2 Tafsir dan Aliran Tafsir Syiah (Siri 8)

Wawancara sdra islah (al-ahkam.net) bersama Dr Ahmad Najib Abdullah.
Asas ilmu tafsir dan pembahagian tafsir
- Asas tafsir al-Quran adalah Hadis Nabi s.a.w.
- Dua jenis tafsir al-Quran: 1. Bil Ma'tsur 2. Br-Ra'yi
- Perlu pendedahan tentang asas ilmu hadis agar periwayatan tidak sahih dapat dihindarkan.
- Mimpi tidak boleh digunakan untuk hujah.