June 2012

[VIDEO] Jadi Kecoh! Majlis Penerangan Syiah Oleh Ust Nasim Di Pulau Pinang

Tak Puas Hati!!Sedikit kekecohan berlaku dalam majlis penerangan tentang Siapa Syiah oleh Ustaz Nasim Abd Rauf di Masjid Daerah Seberang Perai Utara, anjuran masjid berkenaan, pada tarikh: 15/06/12.

Mujur pengerusi majlis mampu mengatasi masalah berkenaan.

Ia berlaku di akhir majlis apabila salah seorang bangkit dan menyatakan rasa tak puas hati dan menuduh ustaz Nasim memfitnah Syiah selama 2 jam ceramahnya.

Uraian Dr Mujahid Yusuf Rawa tentang Wacana Pemikiran Reformis

drmujahid2011Oleh: Dr Mujahid Yusof Rawa

Islam menentang pemikiran  jumud yang tidak sedia untuk mendepani zaman. Kemajuan berfikir dalam Islam adalah ciri utama Islam, ia bukan satu pilihan tetapi satu kewajipan. Sejak dari awal wahyu diturunkan, keperluan memartabatkan keupayaan intelektual melalui pembacaan adalah asas permulaan wahyu. Sepanjang sejarah wahyu, terpasaknya kepentingan ilmu didahului dengan ketawhidan yang mutlak kepada Sang Pencipta.

Pelbagaikan kepakaran demi jaga kehebatan Islam

Oleh Fadlan Mohd Othman

Setiap individu memiliki kelebihan tersendiri yang saling melengkapi antara satu sama lain

SUDAH beberapa kali saya diajukan soalan yang menunjukkan ketidakpuasan terhadap kemahiran dan kelebihan yang dikurniakan Allah Taala kepada seseorang hamba. Guru berasakan dia jauh daripada Allah kerana dia hanya mengajar bahasa Inggeris atau ilmu Sains. Doktor tertekan dengan kepadatan jadualnya lalu tiada masa untuk Allah dan agama.

Dr Morsy Calon al-Ikhwan Menang Pilihanraya Presiden

"Dr Muhamad Morsy telah memenangi jawatan Presiden Republik Arab Mesir." Demikian kenyataan rasmi pihak parti Kebebasan dan Keadilah sayap politik al-Ikhwan al-Muslimin di facebook Dr Morsy. Menurut kenyatan ini, Dr Mursy memperoleh 13,237,00 (Tiga belas juta dua ratus tiga puluh tujuh ribu) pungutan suara, iaitu 52% berbanding pencabarnya Ahmad Syafiq yang memperoleh 12,338,973 (Dua belas juta tiga ratus tiga puluh lapan ribu sembilan ratus tujuh puluh tiga, iaitu 48% dari seluruh pungutan suara.

Bagaimanapun pihak suruhanjaya pilihanraya Mesir masih belum mengeluarkan keputusan rasmi.

Kenyataan Media Menteri Besar Kelantan Isu Unsur Syiah Di Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012

KENYATAAN MEDIA
Saya dimaklumkan bahawa terdapat bahan-bahan berunsur Syiah yang dipamerkan di Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada masa ini.

Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, saya ingin melahirkan rasa dukacita yang teramat sangat di atas sikap peserta ekspo yang nyata sekali tidak menghormati sentimen umat Islam tempatan yang berpegang dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Ahmad Boestamam dan Sumpah Pemuda

Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, IRF

Pemuda itu adalah bunga-nya tiap-tiap bangsa. [Presiden Soekarno]

Ahmad Boestamam (1920-1983) adalah seorang pejuang kebangsaan dan nasionalis melayu yang radikal yang banyak dikaitkan dengan gerakan kiri dan komunis. Pandangan ini ternyata tidak dapat dipertahankan jika disorot dari rangka sejarah yang luas. Boestamam sebenarnya adalah sosok pejuang yang setanding dengan Dr Burhanuddin al-Helmi, Dr. Zukifli Muhammad, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Pendeta Za‘ba, dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) yang telah memainkan peranan yang penting dalam sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.


Ahli Falsafah Perancis Muslim Roger Garaudy Meninggal Dunia 15/06/12

French philosopher Roger Garaudy dies
Controversial French philosopher Roger Garaudy has died at the age of 98.

An ex-member of the communist party, he converted to Islam in the 1980s. His 1996 book The Founding Myths of Israeli Politics denied that the killing of Jews by the Nazis constituted genocide.

He was given a suspended jail sentence for Holocaust denial in 1998.