Fatwa Ulama dan Hukum-hakam

  • Oleh: zain-ys | Kita sering mendengar atau membaca perkataan as-Syahid /al-Syahid atau syuhada’. Ia diberikan kepada mereka yang mati di jalan Allah atau kerana menegakkan kebenaran. Seperti contoh al-Syahid Hasan al-Banna yang ditembak oleh penguasa yang zalim. Al-Syahid Syed Qutb yang digantung. Al-Syahid Abdullah Azzam yang gugur di Afghanistan. Dan ramai lagi.Yang terkini ialah peristiwa pembunuhan secara kejam beramai-ramai di Mesir oleh pihak tentera.

  • Soal: Apa makna hadis: "Sesungguhnya Allahlah Yang menentukan harga.."? Jawab: Bila perjalanan turun naik harga berlaku secara semula jadi dengan tawaran dan permintaan, maka ketika itu biarkan Allah yang menentukan turun naik harganya. Namun bila di sana berlaku campur tangan luar yang tak sihat yang menentukan harga seperti berlaku sorok barang atau sebagainya, maka penetapan harga perlu dilakukan untuk mengelakkan penzaliman.

  • Jawatankuasa Syariah bersidang pada 3hb. Julai 1986 telah mengeluarkan fatwa iaitu orang-orang yang tidak mempercayai hadis hukumnya terkeluar daripada Islam dan tindakan awal pihak Majlis Agama Islam ialah mengeluarkan surat pekeliling kepada masjid-masjid di seluruh Negeri Pulau Pinang memberitahu kedudukan orang-orang yang tidak mempercayai hadis.

  • Jawatankuasa Fatwa amat kesal sejak kebelakangan ini terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba menimbulkan keraguan kepada masyarakat awam dengan memuatnaik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) (rekod surat-bertarikh 2009) yang mengatakan bahawa pelaburan ASN dan ASB sebagai tidak patuh syariah.

  • Heboh kebelakangan ini tentang pelaburan di dalam ASB/ASN. HALAL atau HARAM? Ia adalah perbahasan lama, namun ditimbulkan kembali. Ia sekali lagi memeningkan orang awam yang tidak tahu apa-apa. Mengapa ia memeningkan?

  • Jawatankuasa fatwa memutuskan bahawa pengesahan kematian perlu dilakukan dan ditentukan di Mahkamah Syariah. Manakala solat jenazah ghaib tidak diperlukan lagi buat masa sekarang kerana pihak kerajaan masih berusaha mencari kotak hitam, mencari mayat mangsa sekiranya ada dan pelbagai perkara yang berkaitan.

  • Oleh: zain-ys - Mengenai sambutan hari Ibu, ada fatwa ulama yang mengharamkannya dan ada sebahagian ulama yang membenarkannya. Tulisan ringkas ini cuba membawa pembaca memahami mengapa ada ulama yang memfatwakannya sebagai haram dan ada yang membenarkannya. Dari sudut apa mereka lihat sehingga berlaku perbezaan pendapat ini.

  • Terdapat latihan khas yang diberikan kepada anjing untuk tujuan membantu orang-orang buta yang tidak mendapat nikmat melihat. Jenis latihan yang diberikan ini mampu menjadikan anjing berkenaan sebagai pembantu yang taat kepada tuannya yang buta. Anjing ini (antara khidmatnya) ialah membuka pintu bilik, mengangkat telefon, mengambilkan kunci, mematikan dan menghidupkan lampu rumah dan sebagainya.

  • Istihalah ialah perubahan atau pertukaran suatu benda yang najis dengan sendiri atau melalui perantaraan. Seperti darah kijang bertukar menjadi kasturi. Contoh lain, arak bertukar menjadi cuka, samada dengan sendiri atau melalui sesuatu. Contoh lain lagi ialah jika bangkai anjing jatuh di tempat garam lalu berubah menjadi garam.

  • Kalau nak sambut dan nak mempertahankan sambutan Maulid Nabi s.a.w., janganlah sampai gunakan Hadis-hadis palsu. Hukum menyambut maulid itu masih lagi di sana terdapat perbincangan di kalangan para ulama, samada dibenarkan atau tidak. Namun berhujah menggunakan hadis maudhu' (palsu) atau menyebarkannya sudah disepakati tidak dibenarkan

Artikel Berkaitan