Displaying 736 - 750 of 1659
736 Hentikan menyambut Tahun Baru Masihi ala Barat!

Pengalaman penulis dalam menyediakan kertas-kertas fatwa seperti Valentine’s Day, Yoga, tarian klasik India, Candlelight Vigil dan lain-lain, semuanya diharamkan atas alasan yang sama iaitu ‘tasyabbuh’ atau ‘penyerupaan’ dengan agama lain. Tetapi penulis hairan mengapa dari dahulu hingga kini, satu ‘perayaan ini’ masih wujud dan diteruskan saban tahun malah diusahakan untuk menjadikannya lebih meriah lagi dan lagi…Perayaan itu adalah sambutan Tahun Baru Masihi @ Miladi.

Hakikatnya para ulama sejak dahulu lagi telah memberi amaran tentang perbuatan meniru gaya orang kafir menyambut Tahun Baru Masihi.

Antaranya Imam al-Suyyuti (wafat 911H) dalam kitab al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’ di bawah tajuk ‘Bid’ah sambutan Tahun Baru Masihi’ – berkata:

11 years 10 months ago
737 Nik Abduh: Tidak Boleh Ada Syiah Di Dalam PAS

PAS dan Syiah: Saya pernah menulis mengenainya dulu. Tidak boleh ada Syiah di dalam PAS. Bahkan, sayugia sekali umat Islam di Malaysia yang seluruhnya menerima akidah 'ahlus sunnah wal jamaah' dijauhkan daripada terjebak ke dalam pergolakan akidah yang tidak berkesudahan ini. Jangan kita buat hal di Iran dan jangan Iran buat hal di Malaysia. Ia seperti mengembalikan semula umat yang sedang sembuh daripada sakit ini ke daerah gelap sejarah lampau yang perlu dinoktahkan. Saya menyeru pihak berkuasa bertegas dengan ajaran Syiah yang cuba melebarkan ajarannya di sini. Cukuplah umat ini bertarung dengan ajaran sesat sekularisme dan pendukungnya yang kian pudar.. [FB Nik Mohamad Abduh]


11 years 11 months ago
738 Revolusi Pasca Islamisme – Bahagian I

Marwan Bukhari | Abduh Study Group, IRF

Pada Mei 1996, seorang sosiologis bernama Asef Bayat telah menyampaikan satu syarahan di American University, Kaherah dengan sebuah perbincangan bertajuk “The Coming of a Post-Islamist Society” (Salah satu tajuk dalam buku Critique: Critical Middle East Studies, no. 9 (Fall 1996), m.s 43-52). Syarahan yang disebar sebagai sebuah esei sederhana panjang itu membincangkan kemunculan satu era baru bagi kelompok Islamis, khususnya melibatkan Negara Iran yang menjadi tumpuannya dalam esei itu.


11 years 11 months ago
739 Mesti Dimiliki! Buku Keindahan Islam Oleh Dr Abd Basit

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah Kitab Mahasin Al-Islam  "محاسن الإسلام" (Keindahan Islam) ini telah selamat diterbitkan dan kini sudah berada dipasaran.

Kitab ini menerangkan tentang keindahan Syariah Islam di dalam seluruh perintah dan larangannya, dari segi keimanan, ibadat, kekeluargaan, muamalat, jenayah, hubungan antara rakyat dengan pemerintah dan akhlak yang mulia. Selain menjelaskan perintah dan larangan tersebut ia juga menceritakan faedah-faedah, hikmah-hikmah, maslahat-maslahat dan pelbagai manfaat kepada manusia di sebalik pensyariatannya.


11 years 11 months ago
740 Presiden PAS: POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA

Khamis, 22 Disember 2011 16:50

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah :

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)


11 years 11 months ago
741 Qasim Amin : Feminis Muslim yang mendepani wacana 'Perempuan'

Muhammad Nazreen Jaafar |Intern, Islamic Renaissance Front (IRF)

Mungkin, beliau merupakan  pemula banyak wacana-wacana kebebasan perempuan. Larut di dalam keluh-kesah zaman diskriminasi wanita di Mesir sekitar 1870an, Qasim memulai kritis untuk melangkaui ketirisan patriakisme terhadap sumbangan dan peranan golongan wanita.

Qasim Amin lahir awal Disember 1863. Ayahnya keturunan Turki-Utsmaniyah yang bertugas sebagai askar pada zaman Khadewi Ismail. Ibunya pula seorang perempuan Mesir asli. Qasim berasal dari keluarga kelas menengah. Pendidikan yang dia peroleh daripada tingkat dasar sehinggalah ke sekolah tinggi hukum berasal dari sekolah-sekolah golongan Aristokrat di Mesir. Setelah tamat, beliau sempat bekerja bersama bekas perdana Mesir, Mustafa Kamil Pasha.


11 years 11 months ago
742 Ulama Muda UMNO Serang Pemimpin Kanan Sebuah Partai Yang Condong Syiah

Tokoh Ulama Muda UMNO Ustaz Fathul Bari mula menyerang sebuah pertubuhan yang pemimpin kanannya sangat cenderung kepada Syiah. Katanya "Apabila ada dalam kelompok-kelompok tertentu.. Seorang tokoh, yang dilihat pro.. Condooong.. Sangat-sangat condong..  Kepada Syiah. Apabila ditanya kepada beliau, baru-baru ini beliau mendapat satu jawatan.. Di antara jawatan tertinggi dalam kelompok atau partai tertentu...."

Selanjutnya, tonton video di bawah:


11 years 11 months ago
743 Sheikh Mustafa al-Zarqa (1907-1999M) : Tokoh Fiqh Muamalat dan Undang-Undang

Mustafa bin Ahmad bin Muhammad bin Uthman bin Muhammad bin Abdul Qadir al-Zarqa dilahirkan di kawasan bernama Banqusah, Halab, Syria pada tahun 1907M. Sebahagian pengkaji menyatakan kelahirannya pada 1904M. Sebenarnya beliau dilahirkan pada 1907M sepertimana yang dinyatakan olehnya sendiri. Perkara ini disebabkan semasa memasuki peringkat menengah dan untuk melayakkan memasuki peperiksaan untuk B.A mesti telah mencapai usia 23 tahun. Maka ditukar secara rasmi kepada tahun 1904M.


11 years 11 months ago
744 Tafsir al-Manar dan Aspirasi Pembaharuan

Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, IRF

Tafsir al-Manar merupakan antara tafsir al-Qur’an yang terbaik yang mengetengahkan manhaj tafsir yang bercorak adabi ijtima‘i (sastera dan budaya), yang menzahirkan kekuatan analisis dan keupayaan fiqh yang tinggi. Ia menyerlahkan kefahaman tentang adab dan akhlak Islam, kehidupan masyarakat dan gejolak kebangkitan rakyat di Mesir. Tafsir al-Manar diilhamkan dari pengaruh Majallah al-Manar yang dikarang oleh Imam Muhammad Abduh dan Shaykh Muhammad Rashid Rida yang menyeru kepada pemberdayaan akal dan ijtihad.


11 years 11 months ago
745 Lancar Buku Anti Syiah: Tokoh Ulama Muda UMNO Ucap Tahniah Pada MB Kedah

Petikan dari orang besar Ulama Muda UMNO Ustaz Fathul Bari dalam facebooknya: Tahniah kepada Menteri Besar Kedah kerana melancarkan buku percuma, "Kenapa Aku Tinggalkan Syi'ah" karya Dr. Sayid Musa Al-Musawi (bekas pembantu Khomeini laknatullah). Semoga sedikit sebanyak membantu dalam menyedarkan masyarakat tentang bahaya ajaran Syi'ah.


11 years 11 months ago
746 Novel "Imam" SN Abdullah Husein: Melakari Pemahaman Hal-hal Ugama dengan Kritis

Muhammad Nazreen Jaafar | Intern, Islamic Renaissance Front (IRF)

"Kita bersolat hanya kerana pengaruh kebiasaan, pengaruh keadaan dan pengaruh tradisi. Sebab itu solat kita pada masa kanak-kanak, remaja, dewasa sama saja lalai"

(Halaman 338).

Lantas, ini adalah sebahagian petikan yang diambil daripada novel tulisan SN Abdullah Husein yang memenangi Hadiah Novel Nasional 1992 - 1994. Novel ini bertajuk 'Imam'. Mungkin, ramai di antara kita mula mengenali beliau menerusi kontroversi Interlok. Namun, karya beliau yang benar-benar mengghairahkan adalah 'Imam'.


11 years 11 months ago
747 [Dari Media Syiah] Pelancaran buku Kenapa Aku Meninggalkan Syiah: Laporan polis Syiah terhadap MB Kedah

Dari Media Syiah:
(Reaksi Syiah Kedah terhadap pelancaran buku "Kenapa Aku Meninggalkan Syiah" oleh Menteri Besar Kedah.)


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pada 15 Disember, pukul 10 pagi bertempat di Ibupejabat Polis daerah Kota Setar, ustaz Abdullah bin Hasan selaku wakil masyarakat Syiah di negeri Kedah Darulaman membuat laporan polis berhubung pelancaran buku anti-Syiah oleh Menteri Besar Kedah, Azizan bin Abdul Razak suatu ketika dahulu.


11 years 11 months ago
748 DYMM Tuanku Sultan Kedah Rasmikan Seminar Isu-Isu Ajaran Syiah dan Penguatkuasaan Dari Sudut Undang-Undang Di Negeri Kedah

Tolak segala fahaman yang menyesatkan

ALOR SETAR, 25 Oktober - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah bimbang melihat umat Islam hari ini yang berpecah dan berbalah sesama sendiri.

“Cukuplah berbalah dan berpecah kerana isu dan fahaman politik, janganlah berpecah lagi kerana sebab fahaman agama pula,” titah baginda ketika merasmikan Seminar Isu-Isu Ajaran Syiah dan Penguatkuasaan Dari Sudut Undang-Undang Di Negeri Kedah yang diadakan di Wisma Darul Aman.


11 years 11 months ago
749 Blog Syiah Dakwa Azizan Abdul Razak & Aziz Hanafi Diperalatkan Oleh Terorist Wahabi

Sebuah artikel dari blog Syiah unggaspagi.blogspot.com yang membidas tindakan MB Kedah dan Dr Aziz Hanafi mendokong usaha membenteras ajaran Syiah Imamiah dari terus berkembang di negeri itu. Penulis cuba mengaitkan usaha kerajaan Negeri Kedah ini didalangi oleh Wahabi yang mereka dakwa sebagai terorist.

Mari kita baca apa kata mereka;


11 years 11 months ago
750 Mahkamah Batal Saman Pengikut Syiah Terhadap Utusan

KUALA LUMPUR, 14 Dis -- Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, pada Rabu berjaya dalam permohonan bagi membatalkan saman yang difailkan seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lepas berhubung artikel yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.

Hakim Datuk V.T.Singham membenarkan permohonan Utusan untuk membatalkan saman Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz selepas mendengar hujahan peguam M.Reza Hassan yang mewakili Utusan dan Azhana Mohd Khairudin bertindak bagi Mohd Kamilzuhairi.


11 years 11 months ago