Pelbagai Soaljawab dan masalah Islam

  • :salam

    Dulu sy pernah mendengar bahawa jika seorang anak itu derhaka kepada ibu bapanya, anaknya pasti akan menderhaka kepadanya (apabila dia mempunyai anak kelak). Benarkah hal tersebut? Adakah dalil bagi hal tersebut?

  • salam.. apakah hukum tidak bertegur sapa dengan sedara seislam kita kerana pergaduhan etc melebihi 3 hari?benar ke amalan x diterima?

    ada dalil?

  • Salam,

    Saya nak tanya apakah hukum menyertai program candlelight vigil
    sebagaimana yg dianjurkan oleh beberapa NGO. Sebagaimana yg
    kita tahu program candlelight vigil ini melibatkan aktiviti menyalakan lilin dan bertafakur. Mohon pencerahan. Thanks.

    Wssalam.

  • assalamualaikum kepada panel al ahkam.semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya.di sini,saya ada beberapa soalan kepada saudara.
    1.sekiranya saya menjadi imam,adakah saya perlu niat zikir setiap kali takbir intiqalat?ini kerana ada pendapat ulama yang mengatakan solat kita tidak sah jika tidak bebrbuat demikian.benarkah?
    2.pendapat manakah yang lebih kuat dalam konteks membaca basmalah semasa membaca al fatihah dalam solat?ada yang kata wajib dan ada yang kata tidak.adakah boleh berpegang kepada pendapat yang mengatakan tidak wajib ?

  • :salam

    Moga dirahmati Allah..

    Saya ingin menarik perhatian tuan panel dengan artikel di add nie...http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18936&Itemid=1

  • Assalamualaikum..

  • :salam

    1- Ana x faham istilah takhrij, tahqiq, tarjih. Minta panel AAN jelaskan.

    2- Siapakah yg layak melakukan takhrij, tahqiq dan tarjih.

    Syukran jazilan.

  • Assalamu'alaikum...

    Panel AAN yang dihormati,

    1. Adakah kisah burung yang membawa air menggunakan paruhnya untuk memadam api besar yang membakar Nabi Ibrahim AS; sahih ceritanya?

    2. Bolehkah kisah itu dijadikan sebagai tauladan dan disebarkan, dan disandarkan kisah tersebut dgn Nabi Ibrahim as?

    3. Pengalaman saya ada yang menggunakan kisah etrsebut utk 2 iktibar:

    - Iktibar 1: Berbuatlah kebajikan walaupun sedikit dan kecil, kerana ia akan diganjari ALLAH. Ukuran kecil/besar biar ALLAH tentukan.

  • Askm,

    Saya ingin mengetahui kedudukan ceramah di antara waktu maghrib dan isya' yang berlanjutan sehingga selepas masuk waktu, yang mana azan isya' tidak dilaungkan.

    Contoh: Ceramah/kuliah bermula jam 7:45 dan tamat jam 9:30 malam setiap hari. Ceramah tidak berhenti untuk azan isya' dilaungkan. Apakah hukumnya?

    Terima kasih.
    Shah

  • salam,
    saya pernah terbaca satu hadis dalam satu artikel yang nyatakan, "lelaki yang berkata-kata untuk menyebabkan orang sekelilingnya gelak akan dilaknat Allah"..apakah status hadis ini?

    soklan kedua,boleh terangkan hadis di bawah:

    Rasulullah bersabda: 'Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.' (Riwayat Muslim).

    saya tidak jelas tentang saf wanita,

    harap sape2 dapat membantu