Air, bersuci dan najis

  • 1. Jika air perigi tidak sampai kadar dua kolah seperti mana yang ditetapkan oleh fuqahak Syafiei, apabila mengalir ke dalamnya air musta'mal, maka adakah air itu masih dikira masih air mutlak, dan jika air perigi itu dimasukki najis adakah ia masih suci?

  • Assalamua'laikom

  • Ini pendapat yang seorang ustazah beri....air yang keluar dari perut sewaktu tidur (i.e air liur basi?), adalah najis..jadi cmane nak solat subuh masa bgn tidur dan seumpamanya..kena mandi dulu la kan?

  • Assalamualaikum Tuan Panel Al-ahkam

    Terima kasih kerana sudi menjawab soalan-soalan saya yang lepas- saya masih ada persoalan :

    1.Bolehkanh dalam syarak seseorang yang pakaian nya terkena najis- dan oleh kerana tiada pakaian yang suci... dia bersoalat dengan niat menghormati waktu..disebabkan tak sepat pulang ke rumah

    2.Apakah dalil -Hadis Nabi...yang menetapkan kita kata Ãæ ßãÇ ÞÇájika tak pasti tentang satu-satu hadis

    Wassalam

  • Assalamualaikum kepada ahli panel dan rakan-rakan

    1.Apakah hukum menggunakan air New Water ( Singapore ) untuk bersuci ?

    2.Apa yang patut dilakukan jika tahi cicak jatuh di tempat solat (tempat sujud) ketika sedang solat berjamaah?
    Wassalam

  • Assalamualaikum wrt wbh:

    Merujuk kepada masalah di atas saya harap pihak Al Ahkam dapat memberi jawapan yang lengkap demi mengelakkan kekeliruan yang berlaku berikutan beberapa fatwa yang dikeluarkan.
    Pertama: fatwa dari Mufti Singapura yang menfatwakan air itu suci
    Kedua: fatwa dari mufti Perak yang menfatwakan air itu tetap najis (Utusan Malaysia 18.8.2002, Ahad)
    Kemungkinan pihak Al Ahkam boleh mendapatkan penjelasan dari pihak yang berautoriti untuk dipaparkan kepada umum
    WASSALAM

  • Assalamualaikum:

  • Assalamu'alaikum wbt...

    Saya ada terbaca dalam kitab feqh syafi'e (tak ingat namanya) mengatakan sekiranya ada najis mughallazah di jalanan dan ketika itu hujan dan terkena percikan hujan yang terkena najis ke seluar kita, maka perlu samak dan tidak dimaafkan seperti najis2 yang lain...

    Adakah pendapat ini sahih dan kuat? Sekiranya benar, amatlah sukar bagi kami yang tinggal di Eropah yang mana selalu hujan dan tahi anjing ada di merata2 tempat di jalanan. Boleh tak kami ambil pendapat mazhab lain yang tidak memaafkan perkara ini? Sekian, terima kasih... wassalam

  • Assalamualaikum...

    Seperti yang diketahui hukum bulu kucing yang gugur itu adalah najis. Rumah saya ada memelihara beberapa ekor kucing jadi kadangkala kucing tersebut tidur di atas sajadah. Setelah menggunakan sejadah tersebut saya dapati terdapat beberapa helai bulu kucing melekat. Jadi bagaimana keadaan solat saya samada sah atau tidak? [color:"blue"] [/color] :confused: :confused:

  • Assalamualaikum...
    Ana nak tanya pasal hukum guna berus untuk sapu marjerin, sos utk bakar ikan yg diperbuat drpd bulu biri-biri (selain najis mughalazoh)