April 2004

SJ-10-0020 Kalsium dari lembu yg hidup

:salam

Seorang sahabat ana dlm bidang perubatan bertanya ttg penggunaan kalsium yg diambil dari lembu yg masih hidup.

Biasanya sekarang ini, kalsium yg diambil dari lembu digunakan sbg pencegahan kepada penyakit osteoporosis.

Apakah dengan mengambil kalsium dari lembu tersebut yg masih hidup halal digunakan sebagai ubat utk dimakan? Apakah boleh diqiaskan perkara tersebut dgn susu, kerana kalsium bukanlah organ tetapi cuma produk dari lembu tersebut.

jazakallah

:wassalam

SJ-12-0046: Jawapan untuk anak luar nikah

Assalamualikum,
Saya telah mempunyai anak seramai enam orang, 3 lelaki 3 perempuan. Baru-baru ini ada yang offer anak luar nikah untuk dipelihara. Jadi saya dan isteri telah menerima anak tersebut untuk dipelihara kerana anak kami yang bongsupun dah nak bersekolah. Anak ini sudahpun disusui (susu badan) oleh isteri saya setelah mendapat nasihat dari doktor dan ubat untuk menghasilkan susu badan. Sudah menjadi sebahagian dari ahli keluarga kami.

SJ-13-0001 : Nabi Isa dan Kiamat

Apakah maksud sebenar tafsiran 'Nabi Isa diangkat olih ALLah.....' Adakah Nabi Isa a.s diangkat seluruh tubuh dan roh ataupun Allah mengangkat darjatnya. Ada pendapat mengatakan Isa wafat cuma tak tahu bila dan dimana. Berkaitan dengan soalan ini, apakah ayat yang menerangkan bahawa Isa akan diturunkan ke dunia sebelum berlakunya kiamat. :?

SJ-08-0001 : Persoalan puasa nazar...

Assalamualaikum wrt... saya mempunyai satu persoalan berkaitan puasa nazar ni, seorg hamba Allah telah bertanyakan pada saya ttg soalan yg saya sendiri ragu2 utk menjawabnya.. ia berkaitan puasa nazar yang mana beliau telah berniat menunaikan 7 hari berturut-turut, sehingga pada subuh hari ketujuh iaitu hari terakhir nazar beliau telah 'bermimpi' dan kemudiannya telh mandi wajib serta meneruskan puasa nazarnya.. adakah ia dibolehkan?

tima kasih di atas pandangan anda semua.. :D

SJ-03-0005 : tersentuh benda yang terkena najis mughallazoh

saya ingin bertanya kepada ustaz2 / ulama yang ada pada al-ahkam ini tentang kemusykilan ini.

sebagai contoh :

kasut saya terkena anjing dan tangan saya tersentuh kasut tersebut. pada lain ketika kain sapu dilap pada kasut tersebut. (ini sebagai contoh sahaja )

Perlu disamak atau tidak jika tersentuh benda yang terkena najis mughallazoh?
benda (kasut) yang tersentuh itu perlu disamak atau tidak?
benda (kain sapu) yang tersentuh benda yang terkena najis mughallazoh perlu disamak atau tidak?

SJ-01-0004 : masalah khilafiah

saye ade satu soklan..bolehkah sesebuah kerajaan menghukum dgn sesuatu yg khilaf..comtohnya ttg bab suara wanita...ade khilaf sama ada ia aurat atau bukan..di kelantan wanita diharamkan menyanyi kerana suara mrk aurat..jd adakah berdosa jika wanita kelantan bernasyid(lagu dakwah) krn mrk berpegang kpd pendapat yg mengatakan suara bukan aurat sdgkan kerajaan negeri berpegang dgn khilaf yg lain..