April 2004

SJ-13-0010 : Nama (Ahmad didlm Al-Quran)

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya. Di dalam Al-Quran, ada disebutkan bahawa nabi Isa mengkhabarkan akan datang diutus lagi seorang rasul bernama Ahmad sedangkan nama Rasulullah s.a.w ialah Muhammad. Dan mungkin nama Ahmad inilah yang dipegang oleh orang kafir tetapi Rasulullah s.a.w bernama Muhammad oleh itu,mereka tidak mengiktiraf kerasulan baginda. Adakah betul nama Ahmad itu ada di dalam Al-Quran?

SJ-12-0002 : nak kahwin dgn anak tiri?boleh ker?

Assalamualaikum wbt..
Disini saya ada satu soalan buat ustaz, jika seorang duda/bujang saya namakan dia sbg si'A' telah mengahwini seorang janda yg mempunyai anak berumur 20an dan ini bermakna si'A' ini telah mempunyai anak tiri, selepas berkahwin, isteri si'A' telah kematian/bercerai dengan isterinya.. soalannya disini bolehkah si'A' berkenaan berkahwin pula dengan anak tirinya bekas isterinya? adakah sah disisi agama atau undang2?

Sekian, terima kasih.

SJ-01-0005 : Persoalan bid`ah

:salam

Bagaimana cara kita hendak menghindarkan dan menjauhkan bid`ah di dalam ibadah seharian kita?
Dalam keadaan masa kini, ada pihak yang telah memperkatakan tentang bahaya bid`ah, namun ianya
tidak begitu meluas, kenapa? Sehingga hari ini, erti kata bid`ah masih lagi kabur. Pihak kerajaan sendiri,
nampaknya masih juga mempertahankan bid`ah seperti amalan mawlid yang tak berapa hari lagi.
Bagaimana nak diterangkan kepada masyarakat, bahawa amal ibadat kita banyak berlaku dan
bercampur aduk dengan perbuatan bid`ah.

SJ-13-0005 : Bilangan ayat didalam al quran

Asm, saya dan seorang kawan bercadang mengujudkan satu aplikasi komputer utk terjemahan alquran dalam versi melayu (versi english sudah sedia). Kawan saya tersebut meminta saya membuat salinan terjemahan melayu tersebut yg mana katanya mempunyai 6236 ayat (mengikut terjemahan english yg telah dibuat beliau).

Selepas siap disalin saya dapati semua ayat berjumlah 6240 ayat. Setahu saya alquran mengandungi 6666 ayat. Boleh saudara/saudari bantu saya.

Untuk makluman terjemahan tersebut saya perolehi dari laman quran.al-islam.com

SJ-12-0003 : Isteri kahwin lain?tapi suami tak mati lagi??

assalamualaikum wahai sumer netterz al-ahkam!!!:hello2:
mcm mana la kalau seorang suami pergi perang...perang apa apa je la...lepas tu si suami tak pulang selama bertahun-tahun..
si isteri pula menyangka suaminyer telah mati..oleh krn si isteri menyangka si suami telah mati maka si isteri pun kahwin ngan laki lain.
selepas beberapa tahun berkahwin semula,si suami yg lama balik.So,camna nak selesaikan hal ni?? :-k
Perlukah si suami yg baru menceraikan si isteri barunyer?atau si suami yg lama tidak lagi mempunyai hak keatas diri isterinya?