[DIKEMASKINI] [E-book] Bantahan Terhadap Idea Aisyah Kahwin Ketika Dewasa

Primary tabs

Oleh zain-ys

Buku yang membantah hujah-hujah golongan yang menafikan pernikahan Aisyah r.a. dengan Rasulullah s.a.w. beliau ketika berusia dini. Mengandungi 95 halaman. Tajuknya:

Zawaaj al-Saiyyidah A'isyah: Wa Masyru'iyyati al-Zawaaj al-Mubakkir War Radd Ala Munkirii Zaalika oleh Dr Khalil Ibrahim Mulla Khathir

Mengandungi 3 fasal:
1. Dail-dalil pensyariatan perkahwinan dini
2. Perkahwinan Saiyidah Aisyah r.a. dan telah sabit ia berlaku ketika beliau masih berusia dini ketika aqad dan tinggal sekali.
3. Bantahan terhadap segala keraguan dan kesangsian di dalam dua artikel Dr Thawil dan Ustaz Ahmad Muhamad Jamal

Saya telah membacanya sekali lalu. Penulis kitab ini membantah pendapat mereka yang menolak riwayat tentang Aisyah r.a. berkahwin pada usia kanak-kanak dengan alasan bukan merupakan budaya orang Arab menikahkan anak-anak perempuan mereka pada usia demikian.

Beliau, pada halaman 23 mengemukakan bukti-bukti bahawa dari kalangan para sahabat ada yang mengahwinkan anak mereka yang masih kanak-kanak. Pada halaman 33 pula dibentangkan bukti amalan berkenaan ada dilakukan oleh kaum muslimin.

Boleh baca atau download ebook:

{edocs}zawajaisyah.pdf,800,600,link{/edocs}