December 2004

SJ-13-0073 : perselisihan bukan satu rahmat.........tapi

ok ...
ana ada lagi kemusyikilan lagi...ana rasa pasal hadis tu, walupun dlm sanadnya ada kecacatan sedikit, tetapi Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan dgn tegas bahwa ia adalah mutawatir ma'na, malah dikuatkan pulak dgn hadis lain yg sama makna dgn sanad yg lebih kuat. Jangan dok amik kalam Albani dan Ibn Hazm sampai tolak tepi pandangan ulamak lain plak eh..

SJ-13-0074 :jika perselisihan itu bukan rahmat. bagaimana..?

jika perselisihan itu bukan rhmat,jadi bagaima kah kita nak kurangkan jurang perbezaan tersebut...??.......bagaiman poula denganperkataan umar abd aziz ini..........tolong menolong dlm apa yg kita sepakati dan berlapang dada pada apa yg diperselisihkan"?

ok kes seterusnya pula ialah kita tengok berlakunya satu perselisihan pendapat yg hebt dalam isu bidaaah....kalau masuk mana2 forum ke,baca buku2 je pasti terdapat perbezaan yg banyk dkalangan mereka...?adakah mungkin isu ini boleh dselesaikan...?boleh dkurangkan..?...bagaimana umat ini nak mencari titik2 persamaan....?

SJ-01-0047 : percanggahan hadith and quran..........

ana ada kemusyikilan,
apabila ada sebuah hadith rasul saw yg sahih,bertembung atau bercanggah dengan al-quran,adakah secara automatik hadis itu akan ditolak dengan al-quran..?ataupun hadith itu akn dterjemahkan selari dengan maksud al-quran..?kenapa pula boleh terjadinya percanggahan hadith nabi yg sahih dengan quran padahal ia bersumber dariNya belaka..?

SJ-07-0024 : apa HUKUM membuat BATU NISAN urk org KAFIR ?

assalamu'alay-kum...

soklan ana adalah spt di atas...

bgmana HUKUM membuat batu nisan tersebut?

dan.. bgmana pula klau dia membuat batu nsian tu secara UMUM.. namun pada masa yg sama.. MUSYRIKIN pon beli gaks?

WA

SJ-13-0076 : pakai serban ikut sanad..?

betul ke kalau nak pakai serban kita kene ikut sanad..dan permulaannya dari rasulullah.kalau kita belajar kat pondok ..dia akan belajar 10 sanad ikatan serban ..... ada ikatan salman farisi..dan macam2 lagi..ana pun tatau sangat..tuh kawan ana yg belajar kat pondok citer.

minta komentar...

SJ-01-0037 : bertaklid pada mazhab........haramkah ia..?

adakah benar dakwaan bahawa bermazhab atau taklid kepada Mazhab 4 atau Mazhab tertentu dalam segala masalah agama itu hukumnya TIDAK WAJIB dan TIDAH SUNNAH, tetapi BID'AH.

hujjahnya..

Dasar Hukum Haramnya Taklid Kepada Mazhab-Mazhab Tertentu/ Orang-Orang Tertentu

Firman Allah SWT dalam Al -Isro' Ayat 36 yang bermaksud:
"Dan jangan kamu kerjakan apa yang tidak ada ilmu bagimu dengannya, sesungguhnya pendengaran dan pengelihatan dan hati semuanya itu akan ditanya (dari apa yang telah dikerjakan)". Al-Isro' ayat 36.

SJ-04-0010 :ihmah wudhuk...adakah djelaskan oleh nabi saw..?

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah SWT, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah SWT, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah SWT, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

SJ-05-0042 : Status solat

Assalamualaikum wbt...

DI sini saya ada kemuyskilan:

1.Hafiz sedang solat fardhu misalnya.Then ketika ruku' dia merasakan sesuatu keluar dari kemaluannya tetapi tetap meneruskan solatnya hingga habis kerana dia was2 apakah sesutau keluar atau tak.Selepas habis solat dia check dan mendapati air mazi.Sah atau tak solatnya?

2.Sama dengan situasi di atas tetapi katakan dia tidak check apa yang kuar tu dan terus memegang mushaf Al-Quran lalu membacanya...Apakah hukumnya?

SJ-11-0026 : Bekerja di Syarikat Pos

Assalamua'laikum Panel Al-Ahkam yang dihormati..

Seperti mana yang kita semua maklum, semua perkara yang melibatkan arak seperti membuatnya, mengangkutnya, menjual dan membeli serta meminumnya adalah termasuk dalam kategori HARAM maka duit yang keluar hasil dari pekerjaan berkaitan arak adalah juga HARAM.