December 2004

SJ-08-0018 : Puasa Sunat n Wajib COMBINED ?

assalamu'alay-kum...

ana selama ini berpegang kpd hukum BOLEHNYA COMBINE NIAT antara puasa sunat dan puasa wajib...

cth : Puasa 6 syawal dan puasa qadha'

>> seandainya seseorang itu berpuasa qadha selama 6 hari dlm bulan syawal, maka dia dikira dah berpuasa 6 hari di bulan syawal.

:: tambahan pula, dalam hadith hanya dinyatakan "... berpuasa 6 hari di bulan syawal" tanpa mengkhususkan puasa apa.

tapi..

SU-00362: NEW YEAR ?? sejauh mana ISLAM melarangnya ?

assalamu'alay-kum...

lam 2 3 hari gik.. tahun baru utk Masihi 2005 akan tiba...

kita dah byk kali berbincang soal perayaan agama lain spt krismas, deepavali dll... tp bagaimana pula dgn NEW YEAR ? bkan kah ia juga ada kaitan ngan Kristian? kalau ia dilarang... bknkah 'uruf di malaysia rata2 menggunakan Kalendar tersebut (tanpa ada niat utk meminggirkan terus kalendar hijriyyah)...?

dan seandainya ia dilarang,... apakah ia boleh membawa kpd taraf SYIRIK dsb?

WA

SJ-07-0005 :Hukum Bacaan Pd Setiap Langkah mengusung jenazah

Assalamualaikum warahmatullah

saya ingin bertanyakan berkenaan hukum bacaan tertentu pada beberapa langkah awal ketika menghantar jenazah. Adakah ianya dilakukan ketika zaman rasulullah saw?

mohon kupasan drpd mereka yg punya ilmu untuk menjawab. Terima kasih

SJ-01-0038: Berkenaan ucapan utk krismas

Assalammualaikum...
Saya ada terbaca berkenaan komen astora jabat dalam utusan malaysia berkenaan mengucap selamat menyambut krismas pada orang2 kristian...saya yang sememangnya ragu dgn astora inginkan komen akhi2 di al-ahkam.....kalau ada yang salah harap diperbetulkan sbb ini berkaitan dgn akidah sendiri....terima kasih....

tulisan astora

SJ-13-0069 : Bencana di Hari Sambutan Krismas

Mungkin kebetulan, mungkin tidak:

1) Beribu-ribu orang disahkan mati di Asia (Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand dan Malaysia -Penang, Kedah dan lain-lain tempat di Utara),beribu buah rumah dan kenderaan hanyut/runtuh/musnah akibat gelombang Tsunami hasil dari gempa-bumi di Sumatera, pada masa sambutan Krismas.

2) Beberapa tahun dulu, ribut Greg di Sabah berlaku, pada masa sambutan Krismas. Beratus-ratus mati (mungkin beribu sebab yang mati banyak dari kalangan pekerja asing dari Indonesia yang tidak dilaporkan).

SJ-13-0068: Berdakwah Sambil Berdakwah.

Salamullah alaik

Ana ada sikit soalan berkaitan dengan muzik.

1. Band muzik yang ala2 Hip Hop, R&B atau Ronan Keating yang menyampaikan dakwah, di mana mesej yang dibawa mempunyai makna yang sangat besar dan mampu meninggalkan kesan kepada pendengar. (Kiranya wording dia power dan mampu membangkitkan spirit of Islam seseorang tu).

Contoh band : Native Deen, Soldiers of Allah.

Address lagu2 tersebut (sebagai bantuan) :
http://www.load-islam.com/content/view/63/41/

SJ-04-0014 : mandi wajib...apa gunanya berwudhuk...??

ana ada kemusyikilan,

antara sunat2 sebelum mandi wajib iakah mengambil wudhuk...walaubagaimanpun,selepas kita berwudhuk kita akan mandi kan..?dalam masa kita mandi pastinya kita nak bersihkan kemaluan kita...jadi apa gunanya wudhuk itu kerana wudhuk kita akn batal selepas kita menyentuh kemaluan...?

dan bolehkah kita membaca ayat suci al-quran seperti bismillah dalam bilik mandi..?adakah terdapat perbezaan dalam tandas and bilik mandi..?jika dalam tandas tak leh jadi dalm bilik mandi lak camna..?

SJ-13-0075 : hukum ibadat orang ex-jahil

1) bagaimanakah kedududukan ibadat org yg belum tahu misalnya solat.. adakah die perlu mengqada` solat yg dilakukan dengan tidak benar ketika masih jahil tersebut?
2) apa beza ragu-ragu dengan masih bingung dengan kebenaran? misalnya seorang perempuan ragu-ragu ttg masa sucinya, yg masih belum mantap membezakan antara keputihan dengan sisa darah haid.. itu masih kes was-was atau jahil?
3) maaf sebesar-besarnya kalau soalan diatas sukar difahami, sbb sy pun susah nak tulis ayat yg betul