February 2005

SJ-13-0081: Doa Jausyan Kabir (2)

Assalamu'alaikum,

terima kasih di atas maklumbalas ustaz berhubung dengan doa tersebut.
doa tersebut yang saya perolehi dari sebuah buku yang disusun oleh M. Taufik Ali Yahya. di dalam buku itu ada dinyatakan iaitu doa itu disebut dalam kitab Al-Balad Al-Amin dan Al-Misbah karya Al-Kaf'ami.

sekian, terima kasih.

SJ-12-0058 : Tinggal serumah dgn adik perempuan..

Assalamualaikum wbt

Saya ada beberapa soalan yg ingin dikemukakan but 1stly saya mohon maaf sekiranya soalan ini berulang. Saya dah pun check dan search kot2 soalan ini telah dikemukakan tapi tak jumpa. So saya assume takde sesapa lagi bertanyekan soalan macam nie.

1- Apakah hukumnya seorang abg tinggal serumah dgn adik perempuannya? Of course tinggal di bilik berasingan tapi dlm satu rumah. Misalnya tinggal di rumah peninggalan kedua ibu bapa. Adakah ini dianggap sebagai sumbang mahram?

SJ-07-0006: apabila berlaku kematian

assalamualaikum.

saya ingin bertanya beberapa kelakuan yang diamalkan bila berlakunya kematian:
adakah terdapat nas dari al-Qur'an dan juga Sunnah Nabi SAW selesai dikebumikan mayat perlu diadakan jamuan/tahlil juga diadakan niat sedekah/pahala membaca al-Qur'an untuk simati dan sembahyang teman untuk simati.

SJ-06-0023 : soalan tambahan - status musafir

Jawab:

Dalil-dalil hadis:

Kitab Fathul Bari Jld 2/561
Dari Anas, bahawa beliau mengiringi RasuluLlah saw ke Mekah dan pulang semula ke madinah di mana baginda menetap di Mekah selama 10 hari dan tetap mengqasarkan solatnya.

Dari Ibn Abbas, Nabi saw menetap di Mekah semasa alFath selama 19 hari dan mengqasarkan solatnya (ibid)

SJ-11-0022 : Duit Pinjaman disimpan untuk pelaburan

Assalamualaikum tuan moderator dan pengunjung sekalian..

Saya ada masalahnya begini. Katakanlah saya membuat pinjaman Bank Citibank berjumlah RM3000, disyaratkan saya membayar semula selama setahun Sebanyak RM272.5 sebulan. Bermakna hujung akhir tahun Jumlah yang perlu dibayar adalah RM3270. Duit ini dipinjamkan kepada saya contohnya. Dan saya menyimpannya dalam Bank Islam contohnya selama 6 bulan atau lebih mungkin selama 3 tahun. apakah hasil simpanan bank islam itu halal, dan adakah peminjaman itu sendiri tidak halal.

Sekian, WA
wassalam

SJ-13-0078 : Azan & Iqamah bayi bersumberkan Hadis Palsu

Assalamualaikum

Moga kita dirahmati Allah.

Saya ingin bertanya tentang hadis di bawah:-

42- ((ãä æáÏ áå ãæáæÏ. ÝÃÐä Ýí ÃÐäå Çáíãäì æÃÞÇã Ýí ÃÐäå ÇáíÓÑì áã ÊÖÑå Ãã ÇáÕÈíÇä)) . ãæÖæÚ . "ÇáãíÒÇä" ááÐåÈí (4/397) . "ãÌãÚ Çá񾂮Ï" ááåíËãí . "ÊÎÑíÌ ÇáÅÍíÇÁ" (2/61) .
Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan ditelinga kanannya, dan di-iqamah di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin. (Maudhu')

SJ-13-0079: Kitab Jauhar Mauhub 1001 macam pendustaan!!

Assalamualaikum

Moga kita dirahmati Allah SWT.

Saya ingin bertanya, benarkah kitab Jauhar Mauhub mengandungi 1001 macam pendustaan? Seperti kata saudara Zain y.s dalam artikel 'Perkhabaran Dusta: Tahun 2005 yang gempar, bhg. 1' di laman http://mukmin.info/blog2/?item=perkhabaran-dusta-tahun-2005-yang-gempar-bhg-2

Sebab ada dikalangan ustaz di tpt saya mengajar kitab tersebut.