July 2005

SJ-11-0033 : Kerja cuci lantai di kedai jual benda haram

assalamualaikum..

Saya memohon jasa baik ahli panel menasihati saya tentang perkara ini.

Adakah boleh seseorang muslim berkerja di kedai yang menjual benda2 haram.Contohnya seperti bekerja di restoran yang ada menjual arak atau khinzir. Dan juga kerja2 lain yang sewaktu dengannya. Jika berkerja sebagai cashier di kedai yang jual arak sudah tentu haram. Tapi kalau macam kerja di Jaya Jusco(JJ) yang sumber pendapatan JJ juga terdiri daripada arak bagaimana pula?Bagaimana pula kalau kerja hanya sebagai cleaner tapi di kedai seperti yang disebut tadi?jazakallah khair

SJ-05-0073 : Saf Imam wanita

Assalamualaikum..

berikutan kes Aminah Wadud, banyak artikel yang ditulis. saya nak bertanya kepada panel al-ahkam adakah betul imam wanita bagi kaum wanita hendaklah duduk didalam saf yang pertama. tidak seperti imam lelaki yang berada seorang dihadapan makmun saf pertama. Hal ini adalah menurut artikel yang saya baca dari lama web jakim. penulis tersebut menyebut begitu.jadi mintak panel fiqh dalil perbuatan demikian.. jazakallah khair..wslm

SJ-12-0091 : membenci bapa yg meninggalkan keluarga

:salam
saya di sini ingin mendapatkan sedikit nasihat berdasarkan situasi seorang sahabat.
bapanya telah menceraikan ibunya dengan berkahwin lain. bapanya juga tidak memberi nafkah kepada ibu serta bapanya mengabaikan tanggungjawab asas kepada anak2nya. pernah sekali, bila kakak sahabat saya ni ingin berkahwin dan meminta bapa kandungnya utk menjadi wali, tp dia menolak. keadaan ini telah memberi kesan yg negatif kepada sahabat saya dan begitu membenci bapanya itu.

SJ-13-0115 : ijazah bersanad Al fatihah

Assalamu alaikum,

Tump-ang tanya,

1. apakah amalan penerimaan al-quran @ satu2 surah nya secara
bersanad & perberian berijazah itu terdapat dalam assunnah.

2. bagaimana kiranya bila seseorang itu mengenakan upah @ 'charge'
pula ke atas sesiapa yang ingin menerima ijazah atas perkara yang
di atas.

Wallahu a'lam. wassalam.

SJ-13-0119 : Anak yang melukis

Assalamualaikum,
Anak saya yang 6 tahun dan 9 tahun sangat pandai melukis. Macam-macam yang dia lukis termasuklah pokok-pokok dan binatang- binatang. Mereka sangat berminat. Soalnya apakah pandangan ustaz tentang perkara ini? Kalau tak silap saya ada larangan tentang melukis? Dan perlukah saya melarang mereka melukis?

Jazakallahu Khairan kasira.
Terima kasih kerana membantu.

SJ-11-0035 : trading account

:salam

sebuah syarikat bank menawarkan online stock trading. Tapi utk memulakan online trading kena ada akaun dgn syarikat bank tersebut. Akaun tersebut ialah akaun konvensional. Menurut eksekutif bank tersebut, jika jumlah dlm akaun di bawah RM5000, interest tidak akan dibayar. Setakat ini islamik akaun utk online trading belum ditawarkan lagi katanya.

SJ-11-0037 : KERJA DI SYARIKAT YG KUAT RASUAH???

:salam

Seorang anak bekerja dgn bapanya sebagai salah seorang pengurusan atasan sebuah syarikat. Bapanya mendapat pelbagai projek daripada kawan2nya di sektor kerajaan dgn pelbagai hadiah dan habuan diberi kepada rakan2nya yg menolong memberi projek.

1) Apakah hukum anak tersebut bekerja di syarikat tersebut walau tanpa terlibat dgn aktiviti 'hadiah/habuan' / rasuah? Gajinya halalkah?

2) Bagaimana dgn wang pemberian bapa tersebut kepada cucu2nya? Halalkah pemberian tersebut?

SJ-13-0126 : Perkara Makruh

:salam
Ahli panel dan sahabat yang dihormati..

Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan hukum melakukan perkara makruh secara berterusan. Apa yang saya dengar adalah haram tetapi tidak saya temukan hujahnya. Bolehkah ahli panel membantu saya?

Saya juga ada terbaca yang makruh ini terbahagi kepada makruh-e-tahrimi dan makruh-e-tanzihi. Benarkah ada pembahagian begitu?

Sekian, jazaakumullahukhair.