Tahniah JAIM Kerana Robohkan Binaan Makam 7 Beradik

Primary tabs

Tahniah kerana robohkan makam Tujuh Beradik di Pulau Besar Melaka. Aktiviti bid'ah dan khurafat di Pulau Besar melaka boleh ditonton di topik Khurafat dan Syirik Di Pulau Besar Melaka di al-ahkam.net



Makam Tujuh Beradik diroboh

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam merobohkan binaan batu di atas bekas tapak Makam Tujuh Beradik yang terletak di Pulau Besar dekat sini bagi membendung amalan khurafat di kawasan berkenaan.

Langkah itu diambil berikutan terdapat pihak tidak bertanggungjawab membina dua kubur baru bersebelahan tapak makam tersebut yang telah dipindahkan ke tempat lain sebelum ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, kubur baru itu dipercayai sengaja dibina oleh mereka yang melakukan pemujaan di makam tersebut sejak dua tahun lepas.

"Sebenarnya kawasan makam tidak lagi mempunyai kubur kerana kesemuanya telah kami pindahkan berdekatan Makam Sultan Ariffin tetapi beberapa pihak yang sering melakukan pemujaan telah membina semula kubur berkenaan.

"Kali terakhir binaan kubur tersebut dirobohkan ialah dua tahun lepas tetapi ia diwujudkan semula malah bilangannya bertambah menjadi sembilan pula,'' katanya selepas mengadakan operasi bersepadu merobohkan struktur kubur itu semalam.

Sumber: kosmo