October 2006

SJ-07-0044 : duduk di kuburan???

sedikit kekeliruan mengenai duduk di sekitar kubur,
saya telah mendengar kuliah seorang ustaz yg berasal dari utara yg mengatakan tidak boleh duduk di atas kubur berdasarkan dalil2 yg kuat juga ,seperti dari riwayat muslim dan lain2...
saya juga telah mendengar kuliah seorang ustaz dari pantai timur yg mengatakan BOLEH duduk di atas kubur, kerana haram duduk itu adalah bukan duduk biasa,berdasarkan dalil yg kuat juga seperti daripada riwayat bukhari dan lain2....

yang mana paling kuat diantara pendapat diatas???

terima kasih....

SJ-13-0205 : Hukum Belajar Ilmu Riba.

Assalamualaikum..saya merupakan seorang pelajar universiti.Saya terpaksa mengambil satu subjek utk membolehkan saya mendapat ijazah.subjeknya ialah 'interest theory'.Jd, apa yang saya belajar hampir kesemuanya ialah pasal riba dan tahun dpn saya akan mengambil satu 'professional test' khas utk bab riba ni.Saya tak blh elak sbb exam ni mmg utk kareer saya.Jd, nak tanya panel tentang hukum sy bergelumang dengan ilmu mcm ni..Adakah saya dikira bersubahat dan seakan2 besetuju dengan sistem riba ni?

SJ-13-0202 : Kisah ajaib semasa maulid nabi

kepada panel al-ahkam

saya nak tahu sejauh mana kesahihan kisah ajaib ynan berlaku semasa kelahiran Rasulullah seperti api majusi yang padam, runtuh istana dan sebagainya??
Kalau boleh sediakan hujjah dan bukti yang kukuh??

jawapan daripad apihak tuan amatlah dihargai

sekian.......

Video: Al-Quran mereka 3 x ganda dari al-Quran kita...

Al-Kulaini menyebutkan dalamal Kafi 1/457: Dari Abu Bashir dari abi abdillah berkata: ”Sungguh kami mempunyai sebuah Mushaf yang namanya Mushaf Fathimah, taukah anda apa mushaf Fathimah itu? Dia berkata: Mushaf Fathimah adalah seperti tiga kali Quran kamu sekalian, demi Allah tidak ada di dalamnya satu hurufpun yang tertulis dalam Quranmu (sunni)”.

Ulama Syiah: Bahawa al-Quran yang sahih yang lengkap ada pada al-Imam al-Mahdi al-Muntazar... Dan bahawa Adapun al-Quran yang ada di tangan kita, kurang dan tidak lengkap serta berlaku padanya perubahan.

TONTON VIDEO BERIKUT..

SJ-07-0042 : majlis Khatam AlQuran

assalamualaikum

nak tanya sedikit mengenai majlis khatam quran.
1. saya dengar tidak ada majlis khusus untuk khatam and tiada bacaan tertentu...sejauh mana kebenarannya?

2. jibril bertadarus dengan nabi dan mengkhatamkan quran pada ramadan. apakah maksud khatam dalam konteks ini?adakah ia merujuk kepada habis baca satu quran or kepada majlis khatam yg ada skarang?

SJ-08-0032 : Asmaradana Di Siang Ramadhan [rating 18SX]

:salam

Moga para panel dirahmati Allah,

Maafkan saya menimbulkan persoalan ini di sini kerana soalan ditimbulkan oleh rakan karib saya setelah membaca kitab Matla'ul Badrain.

Asmaradana di siang Ramadhan....

Seperti yang kita maklumi, bahawa jika melakukan persetubuhan di siang ari di bulan ramadhan membatalkan puasa, dosa besar dan di kenakan kaffarah (bebaskan hamba / puasa 2 bulan berturut2 / memberi makan 60 orang fakirmiskin secupak seorang).

SJ-05-0153 : berimamkan org yg tak pergi solat jumaat

:salam

nak tanye, bolehkah kami (muslimah) bersolat zohor pd hari jumaat berimamkan lelaki yg tidak menghadiri solat jumaat? dan benarkah lelaki yg tidak bersolat jumaat hanya boleh solat zohor setelah tamat solat jumaat di masjid berdekatan?

sy bertanya dlm konteks komuniti muslim di negara yg majoritinya bukan islam. lelaki tu tidak bersolat jumaat bukan krn malas dsb, tapi krn kesempitan waktu (kelas berjalan semasa solat jumaat dilakukan).

jkkk atas perhatian.