SJ-05-0154 : SOLAT SUNAT MUTLAK

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0154 : SOLAT SUNAT MUTLAK

-:salam
SAYA NAK TAHU, APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SOLAT SUNAT MUTLAK. ADAKAH BOLEH DILAKUKAN SOLAT HAJAT ATAU SOLAT SUNAT TAUBAT SELEPAS SOLAT SUBUH ATAU ASAR? TOLONG MAKLUMKAN YER.

SJ-05-0154 : SOLAT SUNAT MUTLAK

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan zaliasma dengan kemampuan yang ada, Insyallah.

Solat Sunat Mutlaq merupakan solat sunat yang boleh dilakukan bila-bila waktu sahaja, selain dari waktu yang ditegah bersolat (eg: sewaktu matahari tegak, terbit, terbenam, selepas subuh dan selepas solat Asar), kecuali (boleh bersolat di waktu yang di tegah) pada hari Jumaat atau seseorang itu berada di Mekah (Menurut Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Islami (cet ke3, 1/524).

Ia dilakukan sebanyak 2 rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mana yang mampu. Contohnya bagi mereka yang menunaikan Umrah, mempunyai kelapangan selepas Zohor, selepas selesai solat Ba'diyah Zohor, bolehlah menunaikan solat sunat mutlaq sebanyak yang mungkin. Solat sunat yang paling afdal dilakukan adalah pada waktu malam. Hadith dari Abu Hurairah ra., Nabi :saw bersabda :-

ÃÝÖá ÇáÕáÇÉ ÈÚÏ ÝÑÖíÉ ÇáÕáÇÉ Çááíá
align="left" dir="ltr">"Seafdal Solat selepas solat fardu adalah solat diwaktu malam" [Hadith Riwayat Tirmudzi, boleh mengatakan hadith ini Hasan].

Solat sunah Hajat dan Solat Taubat merupakan solat sunat yang di lakukan bukan pada waktu yang tegah. Akan tetapi ada juga Solat yang diperbolehkan pada waktu tegahan ini menurut Mazhab Syafie adalah :-

ÇáÕáÇÉ ÐÇÊ ÇáÓÈÈ ÛíÑ ÇáãÊÃÎÑ¡ ßÝÇÆÊÉ¡ æßÓæÝ¡ æÊÍíÉ ãÓÌÏ¡ æÓäÉ ÇáæÖæÁ æÓÌÏ ÔßѺ áÃä ÇáÝÇÆÊÉ æÊÍíÉ ãÓÌÏ æÑßÚÊí ÇáæÖæÁ áåÇ ÓÈÈ ãÊÞÏã¡ æÃãÇ ÇáßÓæÝ æÕáÇÉ ÇáÇÓÊÓÞÇÁ æÕáÇÉ ÇáÌäÇÒÉ æÑßÚÊÇ ÇáØæÇÝ ÝáåÇ ÓÈÈ ãÞÇÑä.
align="left" dir="ltr">"Solat sunat yang mempunyai sebab terdahulu, seperti solat luput (tertinggal yg kena qada'), Solat gerhana, Solat Tahiyat Masjid, Solat sunat wudhu' dan sujud syukur. Kerana sesungguhnya solat yang luput , Tahiyat Masjid, 2 rakaat wudhu' baginya mempunyai sebab-sebab terdahulu, manakala Solat gerhana, Solat minta hujan (istisqa'), Solat Jenazah dan Solat 2 rakaat selepas Tawaf mempunyai sebab Ikut serta atau muqaarin." [Dr Wahbah al-Zuhaily, al-Fiqh al-Islami, 1/525].

Misalannya, jika mayat hendak dikebumikan selepas Asar, maka Solat Jenazah boleh dilakukan. Begitu juga dengan musafir yang memasuki masjid selepas solat Asar di benarkan melakukan Solat sunat Tahiyat Masjid. Kedua-dua solat ini mempunyai sebab yang membolehkan ia ditunaikan. Selain dari solat yang dijelaskan diatas, solat-solat sunat yang lain (seperti Solat Hajat, Solat Taubat, Solat Dhuha, Solat Istikharah dll) tidak boleh dilakukan pada waktu yang di tegah. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين