Tuan Guru Hj Salleh Penanti: Syeikh Yasin al-Fadani Pernah Ke Pondok Penanti

Primary tabs

Oleh Zainudin bin Yusro (zain y.s)

Guru kami Tuan Guru Hj Salleh Penanti Bin Syeikh Osman Jalaludin lahir di Mekah pada tahun 1928 M (1348 H). Dan meninggal dunia pada 29 Januari 2012 juga di Mekah.

Ayahnya adalah Syeikh Osman Jalaludin merupakan murid Tok Kenali. Seorang ulama terkenal pengasas Pondok Penanti atau Madrasah Manabi Ul Ulum, di Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Beliau merupakah antara tokoh besar ulama Tabligh di Malaysia. Telah menggantikan ayahnya mengendalikan Madrasah Manabi Ul Ulum dan pernah mengajar di Madrasah Darul Ulum al-Diniah di Mekah pada tahun 1375 H hingga 1384 H.

 

Guru-gurunya

Antara guru-gurunya ialah:

  • Ayahnya sendiri, iaitu Syeikh Osman Jalaludin
  • Syeikh Muhamad Hasan al-Masyath al-Maliki (1317 – 1399 H), beliau banyak bermulazamah dengan syeikh ini di Masjidil Haram dan di rumahnya.
  • Syeikh Muhamad Salleh bin Idris al-Kalantani al-Makki
  • Syeikh Syed Alawi al-Maliki
  • Syeikh Saiyid Muhamad al-Mustafa bin al-Imam bin Abdul Kadir al-Alawi al-Syanqithi
  • Syeikh Hasan bin Muhamad Said al-Yamani, bekas Mufti Terengganu
  • Syeikh Muhamad Yasin bin Muhamad Isa al-Fadani al-Makki
  • Syeikh Maulana In’amul Hasan Nizamuddin (beliau mengambil bai’ah dan mengambil ijazah kitab Hayatus Sahabah)
  • Syeikh Muhamad Yusof bin Maulana Ilyas pengarang Hayatus Sahabah.
  • Syeikh Zakaria bin Muhamad bin Yahya al-Kandahlawi al-Syahranpuri, Syeikhul Hadis.

السيد حسن بن محمد بن عباس المشاط المالكي

(30 jan 12) Pelajar Pondok Penanti seblum solat ghaib jenazah TG Hj Salleh

Syeikh Yasin al-Fadani Menginap Di Rumah Tuan Guru

Al-Marhum Tuan Guru Hj Salleh Penanti - Tokoh Jamaah TablighUstaz Husin Ahmad, seorang guru tua di Madrasah Manabi Ul Ulum ada menceritakan kepada saya bahawa Syeikh Yasin Padang (Syeikh Yasin al-Fadani) pernah datang ke madrasah ini. Beliau tidak ingat tarikh dan tahun peristiwa berkenaan. Dan Syeikh ada memberi ijazah am kepada para penuntut madrasah.

Rupanya, Tuan Guru Hj Salleh Penanti ada mencatatkan di dalam kitabnya, al-Mawahib al-Ilahiyah fil Asanid al-Aliyah tentang peristiwa ini. Ketika beliau menyenaraikan salah seorang gurunya iaitu Syeikh Zakaria bin Syeikh Abdullah Bila, katanya:

Lebih kurang pada tahun 1400 H beliau dan guru kami syeikh Yasin al-fadani telah datang ke Indonesia untuk memenuhi undangan Kerajaan Indonesia. Kemudian mereka telah mengadakan lawatan singkat ke Malaysia. Mereka berdua telah singgah ke rumah saya yang berada di Madrasah Manabi Ul Ulum, Penanti, Malaysia. Mereka berada dan menginap di rumah saya selama satu malam dua hari sebagi tetamu yang amat terhormat. Kemudian, guru kami, Syeikh Yasin al-Fadani telah mengadakan majlis pengijazahan am kepada para penuntut madrasah kami serta memberikan beberapa kitab khusus untuk pengijazahan…

 


Berikut ini adalah petikan dari kitab al-Mawahib al-Ilahiyah fil Asanid al-Aliyah yang yang dijazahkannya oleh beliau. Ia mengandungi senarai guru-gurunya serta teks ijazah dan sanad yang beliau perolehi dari sejumlah guru-gurunya.

 

 

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan