January 2007

SJ-07-0051 : Tinggal atas kubur

Aslmkm,

Saya baru berpindah ke daerah baru. Sekarang saya menyewa sebuah rumah didirikan di atas perkuburan lama. Apakah hukum dan tindakan yang wajar saya lakukan. Adakah dalam kes kerana susah untuk mencari rumah sewa saya di bolehkan tinggal di rumah tersebut?

SJ-08-0036 : Haram Berpuasa-Hari2 Tashriq

:salam

Daripada Nubaisyah Al-Hadzali berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Hari-hari Tasyriq adalah hari-hari makan dan minum (bukan hari berpuasa)."

(Hadits riwayat Muslim)

1. Adakah ini menunjukkan larangan (haram) berpuasa pada hari-hari Tashriq? Jika ya apa rasionalnya? Atau adakah ianya khusus untuk mereka yang sedang mengerjakan haji sahaja?