January 2007

Video: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat: Dato Harun Taib: Membongkar hakikat Syiah di Iran, Iraq dan Leb

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato Harun Taib dalam kuliahnya 5 Januari 2007 membongkar hakikat di sebalik kebangkitan Syiah di Iran, Iraq dan Lebanon. Didedahkan juga bagaimana dendam Syiah terhadap Sunni sama seperti dendam Yahudi terhadap umat Islam.

Beliau menceritakan tentang keganasan Syiah di Iran dan di Iraq. Di Iran para ulama Sunni dibunuh selepas Ayatullah Khomeini naik memerintah. Satu perkembangan yang membimbangkan juga di Iraq sekarang ini di mana golongan Syiah yang memerintah telah membunuh golongan Sunni samada orang awam dan para ulamanya. Manakala masjid-masjid dibakar dan diruntuhkan. Menurutnya, sekejam-kejam Komunis semasa menjajah negara umat Islam tidak pernahpun meruntuhkan masjid-masjid mereka.

Tonton video ini yang mengandungi kuliah Dato Harun Taib dengan disertakan klip-klip video kekejaman Syiah dan kekarutan mereka.

SJ-13-0209 : TENGOK WAYANG

:salam
Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contoh pergi menonton wayang besama isteri filem Cicak Man. Bagaimana pula jika membeli DVD Cetak Rompak, dengan alasan bahawa menonton wayang adalah HARAM. Boleh sahabat al-ahkam huraikan.

SJ-13-0213 : Malik Imtiaz membela Abdul Kahar

:salam

Quote:
Mahkamah Persekutuan: Tempoh 60 hari

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan semalam membenarkan permohonan seorang lelaki yang menghadapi tuduhan mendakwa dirinya nabi dan menghina ajaran Islam, mencabar beberapa peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Abdul Kahar Ahmad, 56, dari Kampung Kemensah, Ampang, diberi tempoh 60 hari mulai semalam untuk memfailkan petisyen itu.

SJ-11-0085 : Duit interest bank

:salam:

Di sini saya ada satu kemusykilan, ia mengenai duit interest bank yg bukan islamic punya yang mana gaji saya masuk ke bank tersebut. Oleh kerana cuai, saya pernah terpakai duit tersebut, tp selepas masuk gaji, saya ganti balik, bolehkah saya berbuat demikian?

Kedua, duti tersebut saya nak belenja pun tak boleh, nak biarkan pulak nanti lama2 makin naik duit tersebut. Jadi kalau saya dermakan pada al-ahkam boleh ke tidak? sebab al-ahkam ini macam diguna oleh ramai umat islam utk rujukan.

Harap ustaz dapat memberi penerangan.

SJ-12-0141 : Tajdid Nikah 2 - Sambungan

:salam

Sebagai tambahan persoalan:-

1) Adakah tajdid nikah membatalkan nikah yang telah terlaksana lebih dahulu???

2) Bagaimana pada masa tajdid nikah, si isteri telah mengandung, maksudnya....bagaimana status anak dalam kandungan tersebut??..

3) Adakah tajdid nikah ini memakai tarikh terbaru ia dinikahi atau diambil nikah yang awal???

Sekian, :wassalam

SJ-05-0163 : Solat berImamkan orang Syiah

:salam

Sahabat saya di Ireland mempunyai kemusykilan solat di dalam masjid syiah(menurut kawannya). tapi saya mempunyai beberapa kemusyilan.

1-mereka solat jumaat
2-solat mereka tiada beza dengan komuniti sunni

nak dikatakan taqiyah mustahil sebab takkan sepanjang waktu konsisten taqiyah. apakah mungkin mereka syiah zaidiyyah yang hampir dengan sunni?

saya juga dimaklumkan islam yang hadir ke nusantara juga syiah zaidiyyah(jadi asal-usul pak nenek kita juga penganut syiah).

mohon pencerahan.

:wassalam

SJ-12-0140 : Tajdid Nikah - Terkini...

:salam

Moga dirahmati Allah

Maafkan saya- sila delete persoalan yang lama...

Di sini saya ada satu kemusykilan berdasarkan peristiwa di bawah:

Kawan saya bekerja sebagai anggota keselamatan telah bernikah poligami di Siam tanpa kebenaran pihak berkuasa (Jab. Agama Negeri) di Msia. Beliau telah diarahkan oleh Peg.Pemerintah untuk lakukan permohonan nikah poligami ke mahkamah untuk mengelak beliau dikenakan tindakan tatatertib.

SJ-13-0211 Rampai: Azan-Iqamat di telinga bayi dan Isu ASWJ?

'Selepas anak selamat dilahirkan, ia hendaklah segera diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya. Dalam satu riwayat oleh Abu Rafi yang bermaksud: "Aku melihat sendiri Rasulullah mengazankan Hasan bin Ali di telinganya ketika dia baru dilahirkan oleh Fatimah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)'
petikan yg ana amik dari bh.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Agama/20070105002526/Article/

SJ-14-0028 : minta penjelasan- sahih bukhari

:salam

Dalam sahih bukhari ( x pasti hadith no brp) ada menceritakan ttng umat akhir zaman di mana akan muncul seorang mujadid setiap seratus tahun...pemuda ini akan membina tapak untuk nabi Isa dan imam Mahdi..

minta tolong jelaskan dgn lebih detail ttng hadith ni...tafsirnya scr keseluruhan

syukran