June 2007

SJ-10-0048: Makanan lagi

:salam
Kehidupan di luar negara memerlukan kita belajar mengadaptasi dgn keadaan dan mengambil fiqh yg sesuai dgn keadaan disini. Pendapat saya,pembelajaran isu fiqh walaupun ianya perkara ranting(bukan mcm isu tauhid) dari kepelbagaian sumber, nas, ijtihad,qias etc memberi banyak manfaat, bukan bermaksud kita perlu meringankan kaedah taqlid kepada mazhab lain tetapi lebih memahami dan mempelajari betapa luas ilmu Islam itu.

SJ-09-0010 Umrah & Hukum-Hakam kelahiran anak yg baru l

:salam,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana faciliti yg diberikan ini kerana keinginan saya tercapai juga ... alhamdulillah.
Saya mengikuti al-ahkham.net pun awal tahun ini, alhamdulillah banyak saya belajar terutama isu-isu terkini dan Dr. MAZA, dahulunya saya mengikuti kuliah² beliau tapi sekarang tidak lagi kerana masih lagi menyesuaikan diri sebagai seorang isteri :P tapi saya sentiasa mengikuti perkembangannya.

SJ-05-0204 : "Menjawab" salam semasa sedang solat.

Syeikh Albani dalam Ensiklopedia Fatwa Albani dalam bab Menyebarkan Salam ada mengatakan bahawa memberi salam kepada orang yang sedang solat adalah sunnah.

Kemusykilan :

1) Bagaimanakah adab nya memberi salam kepada orang yang sedang solat?
2) Bagaimanakah tatacara nya orang yang sedang solat tersebut "menjawab" salam itu?

Jazakallah.

SJ-03-0064 : Masalah haid

1.jika seorg wanita berhaid dlm satu bulan 2kali cnth haid pertama selama 7hari kemudian selepas 2minggu dtg semula haid selama 5 hari bagaimana kiraan haid yg ke dua adakah dikira satu semula atau tures dikira kelapan
2.dan jika hiad yg pertama dan kedua dicampur jumlahnya melabihi 15 hari contoh hari pertama selama 7 kali dan 5hari selepas itu dtg semula selama 10harii maka bile solat perlu ditunaikan

SJ-12-0164 : meminta cerai

soalan2 drpd weblog http://soaljawab.wordpress.com

assalammualaikum ustaz…

ustaz saya ingin bertanya, dua minggu yang lepas saya meminta suami saya untuk melepaskan saya (cerai) tetapi bukan atas niat saya sendiri. saya meminta cerai kerana suami saya sudah lama tidak memberikan nafkah batin terhadap saya… saya meminta cerai dgn harapan suami saya akan memujuk saya tetapi sebaliknya… suami saya hanya mengucapkan ok…. tetapi tidak melafazkan…. adakah talak tersebut sah?

SJ-13-0251 : sifat2 rasulullah saw

salam semua..maaf ana nak tanyer..

sifat terbaik yg perlu kita contohi adalah sifat rasulullah saw..

tapi ana nak tanye perlukah seorang muslimah contohi SEMUA sifat baginda sedangkan baginda adalah muslimin..

contohnya adab duduk ketika makan..

maaf sangat2 ana tanyer..tapi memang nak tau..kalau tak tanyer nanti ana sesat..

"tolonglah saudaramu ketika dia mnjadi org yg zalim atau org yg dizalimi"