June 2007

SJ-14-0044 : Mintak takhrij dan syarah

:salam

Daripada athar riwayat Mujahid meriwayatkan: Aku, Zubair dan Urwah memasuki masjid. Abdullah bin Omar r.a. ketika itu berada di tepi bilik Aisyah r.a. dan orang ramai sedang mengerjakan solat Dhuha secara berjemaah. Kami bertanya kepadanya tentang solat mereka lalu beliau r.a. menjawab: “Itu adalah bid’ah yang baik.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Boleh kah tuan panel fiqh mengesahkan akan riwayat tersebut, dan syarahkan hadith tersebut sekali?

Jazakallah khair

CIRI MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN DALAM HADITH

Di celah-celah kehangatan ahli-ahli al-ahkam.net membicarakan isu-isu berkaitan politik, isu semasa dan bidang ilmu Islam yang pelbagai, terdapat sebilangan mereka yang telah berminat membicarakan tentang isu yang telah dibangkitkan oleh beberapa orang moderator al-ahkam.net. Isu tersebut ialah ‘manhaj kajian hadith ulama terdahulu atau al-mutaqaddimun vs manhaj kajian lama terkemudian atau al-mutaakhirun’.

SJ-07-0065 : Alternatif Berzanji/Marhaban

:salam

Rakyat Melayu muslim di Malaysia sudah biasa untuk mengadakan bacaan Berzanji dan Marhaban beramai2 sewaktu kenduri meraikan kelahiran cahaya mata.

S:Apakah cadangan tuan, aktiviti yg lebih bertepatan dengan As-Sunnah bagi menggantikan bacaan Marhaban dan Berzanji sewaktu majlis menyambut kelahiran cahaya mata?

Terima kasih.

:wassalam

SJ-05-0200 : bacaan duduk antara 2 sujud

assalamualaikum...

sy ade satu kemusykilan berkenaan bacaan semasa duduk antara 2 sujud...
adakah sebarang nas atau dalil berkenaan hal ini?krn ada ustaz yg mengatakan bahawa tidak perlu mambaca sebarang bacaan semasa duduk antara 2 sujud.
Diharapkan mendpt pencerahan didlm hal ini.
Mohon maaf jika soalan ini merupakan soalan ulangan. Jika ia soalan ulangan, diharapkan dpt memberitahu link yg berkenaan.

Terima kasih, wassalam.

SJ-07-0066 : Hukum Buah-buahan di tanah perkuburan?

Salam Akhi thtl

Thanks kos sudi jawab soalan ana yang rocker jiwang ni..huhu
Ana ada beberapa soalan, jumaat lepas ana terfikir tentang soalan ni

1. Ada sabit dari nabi s.a.w tak doa antara dua khutbah jumaat dan solat hari raya?

2. Menepati sunnah tak jika ana duduk tahayat akhir sama caranya dengan tahayat awal untuk solat dua rakaat

3. Apakah status tumbuhan buah-buahan yang ditanam di tanah kawasan perkuburan..Halal ke cam ne..org tua2 kelate ckp, makan buah2 dari kubur ni leh benak(bodoh)

SJ-05-0201 : Tidur di waktu solat subuh

Di dalam Mingguan Malaysia hari ini, 10-Jun di dalam ruangn soal-jawab bersama Mohd Yusof Abas:

Tidak bangun solat subuh

SOALAN: Apakah hukum mereka yang berjaga malam kerana menjalankan tugas dan sebagainya sehinga tidak bangun solat subuh. Adakah wajib kita membangunkannya?

– Saleh Mahmud, Pekan, Pahang.