October 2007

SJ-09-0016 : Haji Bersama Ibu Yang Uzur.

Askm,

Di sini, saya ada beberapa kemuskilan berhubung ibadat haji.

1-Di tempat2 berikut, apakah jenis solat yang patut dikerjakan mengikut sunnah ? Tamam ? Jamak ? Jamak + Qasar ?

1-Madinah
2-Arafah
3-Mina
4-Mekah
5-Muzdalifah

2-Semasa saya di dalam ihram, adakah di bolehkan menggunakan sabun atau shampoo semasa mandi?

3-Adakah saya boleh mengutip batu di Arafah kerana bimbang tiadanya batu di Munzalifah atau Mina ?

SJ-04-0062 : mencium mayat/jenazah

:salam
saya dah cuba selak-selak dalam forum/soal jawab yang lepas tapi tak jumpa pulak persoalan saya ni, minta kelapangan sahabat untuk merungkaikan masalah saya.
masalah: orang yang bukan muhram mencium mayat apakah membatalkan wudhuk mayat? dan apakah yang perlu dilakukan sebenarnya.
sekian, wassalam

SJ-05-0297 : solat dgn tatu di jari

:salam saya ada kawan yg dahulunya suka buat tatu.sekarang dia sudah bertaubat.masalahnya sekarang tatu yg dia buat tu susah nak tanggalkan.dalam keadaan begitu,1)adakah solatnya sah bila dia mengerjakan solat sedangkan dia sungguh-sungguh sudah bertaubat.2)dan adakah cara untuk menanggalkan tatu.trima kasih

SJ-12-0218 : lanjutan wanita haidh dlm masjid

:salam

bila SS Mufti Perlis kata solat sunat eid sunnah dilakukan di tanah lapang supaya org ramai terutama wanita haidh pon boleh join, maka ada yang berhujjah "inilah dalil bahawa wanita haidh tidak dibenarkan berada di dlm masjid, oleh sbb itu nabi s.a.w menyuruh solat eid dilakukan di tanah lapang bagi membolehkan wanita haidh sama2 join.."

adakah hujjah ini diterima??
:wassalam

SJ-05-0296 : Masbuk dan Hal Saf lagi

:wassalam
1)Rakan yg solat di sebelah saya tidak dapat rukuk bersama imam tetapi menamatkan solat bersama imam. Boleh kah saya menyuruh dia naik lg satu rakaat atau saya tidak perlu menegurnya?. Bagaimana pula jika rakaat keduanya tadi juga tidak dapat rukuk bersama imam?

2)Masjid negeri mempunyai ruang yang luas. Mestikah membina saf hingga hujung ke hujung atau membina saf baru sebelum penuh saf nun di hujung?

JKKK
:wassalam

SJ-16-0006 : cara hudud...

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. kalau umatnya berzina, mereka nyatakan secara terbuka kepada Rasullullah s.a.w. bahawa dia telah terlanjur berzina. Nabi menjalankan hukum hudud keatas mereka yang berzina.

Selain dari pada pengakuan terbuka, kalau ada perzinaan berlaku isteri seseorang, walaupun suaminya nampak sendiri dengan mata. Tidak boleh diguna pakai keterangan suami si-isteri yang berzina itu, kerana takut pula fitnah berlaku. Mesti mahu sokongan dari 4 orang saksi yang beriman yang nampak zakar lelaki itu "masuk dan keluar" dari rahsiat sulit wanita itu.

SJ-05-0299 : Holding a 2nd Jamaa'ah in the Same Masjid

Assalam,

Saya bersyukur kepada Allah swt kerana baru dapat menjadi ahli Al-Ahkam .net setelah sekian lama mencuba. Saya telah dapat menimba ilmu yg bermanfaat dari setiap warga AAN walaupun terdapat perbezaan pendapat dan ada ketika debat yg hebat tapi ianya jurus kepada satu matlamat bagaimana memahami Al-Quran dan Sunnah Rasulullah mengikut pemahaman Salafussoleh.

Saya ada artikel dlm Bahasa Inggeris yang saya sertakan moga dapat pencerahan dan pendapat dari ust. ahli panel Al-Ahkam.

Wassalam.

The Ruling on Holding a Second Jamaa'ah in the Same Masjid