October 2007

SJ-14-0107 : Hadeeth search & verification

:salam

i) Apakah bentuk rujukan tetuan panel dlm pencarian hadith? Sbb byk hadith2 yg diberikan dlm AAN berdasarkan Nombor hadith tsb tidak saya ketemui di dlm rujukan saya, cthnya bg kitab hadith Imam Abu Dawud http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/abudawud/
~sama nombor, lain hadith...

ii) Drpd laman web di atas, minta tetuan panel pastikan kesahihan hadith ini:

SALAH FAHAM TERHADAP IBN KHUZAIMAH

SALAH FAHAM TERHADAP IBN KHUZAIMAH DAN BUKUNYA ‘SAHIH IBN KHUZAIMAH’

Artikel ini bukanlah sebuah artikel yang akan memperincikan tentang biodata Ibn Khuzaimah dan juga bukunya Sahih Ibn Khuzaimah. Ini kerana AAN sedang dalam proses pengumpulan artikel-artikel ringkas biodata beberapa muhaddith lain berserta metodologi buku-buku mereka.

SJ-14-0103 : Pedamping yang kacak

:salam

Aku baru je dapat email dari seorang kawan;

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat
dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa
Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah.