February 2008

SJ-02-0019 : perang siffin dan perang jamal

:salam

1-adakah perang siffin itu sama dengan perang jamal??

2-bolehkah ahli panel terangkan sedikit berkenaan dengan sbb berlakunya perang tersebut.saya ada baca banyak pasal perang tersebut tp lain buku, lain penulis lain pulak versi jalan ceritanya..

3-dalam perang manakah ali berpeang dengan aisyah??kenapa boleh jadi begitu?

al-Qaradhawi : Siapa kata Assyaerah sesat?

Penulis: Khairol Amin (Kamin) Disusun semula dan diedit bahasa dari ruangan soal-jawab dengan izin penulis oleh: Abu Ismail [fathi_ali1427h@ yahoo.com]

Aqidah Assyaerah dikaitkan pengasasnya Abu Hasan Assyari, yang sebelum itu berpegang kepada aqidah Muktazilah, dan selepasnya mengikut fahaman Ahli Sunnah wa al-Jamaah pada peringkat akhir hidupnya, sebagaimana didapati dalam salah satu buku terakhirnya al-Ibanah. Ia diasaskan dengan kaedah beriman dengan Sifat Allah yang sesuai dengan dirinya, takwil maknanya, dan melarang sesuatu menyerupainya. Aqidah ini diterima ramai dikalangan orang Islam.

SJ-07-0114 : air zam-zam

assalamualaikum,
ana nak tny betul ke ada hadis mengatakan bahawa air zam-zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya? hadis tu soheh ke? jika kita minum dgn niat untuk dapat sesuatu hajat, tidakkah itu dikira sebagai syirik kerana kita menganggap dgn meminumnya akan menyebabkan hajat tercapai?

niat hajat tu macam mana? sekadar dalam hati atau dilafazkan sblm/slps minum air? saya lihat ada org berdoa sblm minum zam2 sambil memegang segelas zam2, cara ini betul ke?

SJ-05-0331 : Software Waktu Solat

:salam

Saya ada install satu software yang tentukan masa waktu solat. Yg menariknya, software tersebut menggunakan cordinat (Latitud dan Longitud) bagi menentukan kedudukan kawasan saya.

Hasil dari pengiraan, kebanyakkan waktu solat adalah sedikit berbeza (+- 2 minit) berbanding takwim.

Soalan : Adakah boleh jika saya ikut waktu solat dari software yang gunakan itu?

:wassalam

SJ-15-0023 : lagi penjelasan ikhlas diperlukan

:salam

sila ke link ini.>>

http://www.salafimalaysia.com/ikhwan_muslimin.htm

http://www.salafimalaysia.com/tabligh.htm

adakah mereka diatas jalan kebenaran??

siapakah mereka sebenarnya?? :eeeek:

sila jelaskan dgn sebaik mungkin..
sekian..

terima kasih ...

SJ-02-0018 : Tahalluf Siasi

:salam

Moga dirahmati Allah,

1) Apa yang dimaksudkan dengan 'Tahalluf Siasi'?

2) Apa beza ia dgn perkongsian kuasa?

3) Apakah yang dibolehkan dalam 'tahallauf siasi' yang dibenarkan syara'?

4) Bagaimanakah perlaksanaan perkongsian kuasa yg berlaku skg ini??

Mohon pandangan dr pengamatan semasa dan ilmu saudara panel...terima kasih

:wassalam