February 2008

SJ-11-0157 : Jual Beli dalam Masjid ?

Salam,

Adakah terdapat larangan khas berkenaan Jual beli didalam Masjid ? jika ada boleh berikan dalil secara terperinci ? Adakah hukum ini juga termasuk mengiklankan barangan untuk dijual...contohnya "barangan(buku)saya ada diluar masjid Maka saudara tolong beli laa ..." dan juga adakah buku ilmiah contohnya kitab ilmiah juga termasuk dalam larangan ini?

SU-00385 : nak tanya soalan

bab fardhu solat jumaat

hal:
seorang Insan usia dalam 25 tahun pergi cari rezeki...masuk di area pedalaman sempadan kalimantan..Sabah.

disebabkan tak cukup ahli jumaat, maka tidak dikerjakan solat Jumaat selama 6 bulan...
kerja memang dalam hutan, jarang-jarang keluar bandar yang jaraknya 9 hours perjalanan...

soalan...: adakah Insan tersebut pemuda wajib solat Jumaat atau sekadar solat zohor...

kalau menurut ustaz azhar Idrus hari tu dia kata "cari kerja lain..."

sebab banyak kerja lain di negara ini.

SJ-14-0131 : 19 Keistimewaan Wanita -Hadis Ke?

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

SJ-13-0375 : betul ke ade setan ni

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati
rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

SJ-05-0329 : Solat Sunat Selepas Jumaat

:salam

Saya ada satu kemusykilan berkenaan solat sunat selepas jumaat.

saya dapat perhatikan ada sebahagian umat islam yang mengerjakan solat sunat selepas jumaat sebanyak 4 rakaat tidak seperti yang diamalkan oleh umat islam di malaysia iaitu 2 rakaat

soalannya

1) Apakah dalil2 sunnah yg disandarkan oleh para ulama yg menyebabkan berlakunya perbedaan ini?

2) Boleh tak jugak para panel al-ahkam memberitahu pendapat mana yg lebih rajih atau yg mana yg lebih byk diterima oleh para ulama muktabar.

Sekian ...
jazakallah

JH-SEJARAH-001- PENGENALAN

Seperti yang telah diberitahu dalam artikel tentang pembahagian kategori Jabatan Hadith AAN, terdapat satu kategori yang khusus tentang sejarah hadith. Kategori ini akan membicarakan tentang beberapa maklumat atau fakta penting berkaitan sejarah hadith sejak zaman Rasulullah SAW. Kategori ini juga akan membicarakan tentang biodata tokoh-tokoh hadith terkemuka sejak zaman terdahulu hingga kini.

SJ-13-0381 : tgk tv dan dgr muzik

assalamualaikum,
saya nak tny ttg hukum tgk tv, contohnya tgk berita atau filem2 hiburan yg bukan berunsur lucah. walaupun bukan berunsur lucah tapi byk babak ada wanita x tutup aurat, boleh ke x? kalau x boleh susah jg kerana dlm tv mana ada rancangan yg terlps dari semua tu.

begitu jg dgn muzik, yg sbnrnya boleh ke x dgr muzik ni? ada org kata nasyid je boleh, tp apa beza nasyid dgn x nasyid? harap penjelasan..
wassalam

SJ-12-0245 : surah khas ketika mengandung

assalamu`alaikum,

benarkah ada surah-surah yang dikhaskan untuk dibaca ketika sedang mengandung. contohnya surah maryam untuk memudahkan bersalin, surah yusuf untuk mendapat anak yang comel dan surah luqman untuk mendapat anak yang bijak.

terima kasih.