SJ-05-0329 : Solat Sunat Selepas Jumaat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0329 : Solat Sunat Selepas Jumaat

:salam

Saya ada satu kemusykilan berkenaan solat sunat selepas jumaat.

saya dapat perhatikan ada sebahagian umat islam yang mengerjakan solat sunat selepas jumaat sebanyak 4 rakaat tidak seperti yang diamalkan oleh umat islam di malaysia iaitu 2 rakaat

soalannya

1) Apakah dalil2 sunnah yg disandarkan oleh para ulama yg menyebabkan berlakunya perbedaan ini?

2) Boleh tak jugak para panel al-ahkam memberitahu pendapat mana yg lebih rajih atau yg mana yg lebih byk diterima oleh para ulama muktabar.

Sekian ...
jazakallah

SJ-05-0329 : Solat Sunat Selepas Jumaat

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Kedua-dua kaifiyyat solat sunat selepas Jumaat, iaitu sebanyak dua rakaat atau empat rakaat SABIT dalam sunnah Rasulullah SAW. Cuma ada sedikit khilaf di kalangan fuqaha adakah empat rakaat dengan satu salam ataupun dengan dua salam?

Quote:
1) Apakah dalil2 sunnah yg disandarkan oleh para ulama yg menyebabkan berlakunya perbedaan ini?

Dalil dua rakaat:
Hadis Ibn Umar, beliau melaporkan bahawa Nabi SAW bersembahyang selepas Jumaat sebanyak dua rakaat.
Direkod oleh Muslim dalam Sahihnya (no: 882).

Dalil empat rakaat:
Hadis Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa (ingin) bersembahyang selepas Jumaat, maka sembahyanglah sebanyak empat rakaat.
Direkod oleh Muslim (no: 881)

Quote:
2) Boleh tak jugak para panel al-ahkam memberitahu pendapat mana yg lebih rajih atau yg mana yg lebih byk diterima oleh para ulama muktabar.

Wajar difahami bahawa perbezaan tersebut bukanlah satu bentuk percanggahan. Ia adalah mengikut kesesuaian dan kelapangan masing-masing. Sesiapa yang mempunyai masa lapang, bolehlah membuat 4 rakaat kerana itu yang paling sempurna. Manakala sesiapa yang tergesa-gesa boleh saja buat 2 rakaat sahaja.

Di dalam sahih Muslim, melalui satu riwayat, Nabi bersabda: "Jika ada sesuatu yang membuat kamu tergesa-gesa, maka solatlah di masjid dua rakaat, dan dua rakaat lagi apabila kamu pulang". (no: 881)

Pun begitu, ada juga kalangan salaf yang cuba menggabungkan antara dua hadis itu, iaitu dengan melakukan 2 rakaat, kemudian dilakukan 4 rakaat lagi selepas itu. Jadi kesemuanya 6 rakaat. Diriwayatkan kaifiyyat ini daripada Ali, Ibn Umar, Abu Musa, Mujahid, Atha' dan lain-lain.

Wallahu A'lam

Rujukan:
-Majmuk 4/9
-Syarah Kabir 2/196