SU-00385 : nak tanya soalan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00385 : nak tanya soalan

bab fardhu solat jumaat

hal:
seorang Insan usia dalam 25 tahun pergi cari rezeki...masuk di area pedalaman sempadan kalimantan..Sabah.

disebabkan tak cukup ahli jumaat, maka tidak dikerjakan solat Jumaat selama 6 bulan...
kerja memang dalam hutan, jarang-jarang keluar bandar yang jaraknya 9 hours perjalanan...

soalan...: adakah Insan tersebut pemuda wajib solat Jumaat atau sekadar solat zohor...

kalau menurut ustaz azhar Idrus hari tu dia kata "cari kerja lain..."

sebab banyak kerja lain di negara ini.

adakah 40 ahli jumaat bermastautin...adalah syarat untuk dirikan solat jumaat.
apakah 40 ahli jumaat bermukim dikira cukup ahli solat jumaat.

40 ahli jumaat musafir memang tak dikira ahli solat jumaat.

takrif bermastautin yang saya faham:
ialah niat seseorang di mana dia nak bermastautin/tinggal tetap... bagi seorang perantau..dia sudah rancang bila bersara dimana dia nak bermastautin...

Bermukim: ialah seseorang perantau yang merantau ,tinggal di suatu tempat lebih dari tiga hari seperti saya hari tu duduk bermukim di Kajang selama 5 tahun....

Musafir: saya faham, travel yang duduk di satu location tidak melebih 3 hari...

ada yang amal 7 hari...ni qaul mana?
ada yang amal 14 hari...ni pula pendapat qaul mana?

minta pencerahan...

SU-00385 : nak tanya soalan

patutnya kena hantar kat ruangan soaljawab Feqh. Tak kan PD tak tau sbg orang lama AAN....rasanya
soalan ni dah ada dalam archive. patutnya browse dulu kat situ.