June 2008

SJ-07-0143 : doa'-doa' pada anggota wudhuk..

:salam
ana ingin mencari doa2 sewaktu mengambil wudhuk seperti doa basuh muka, tangan, kepala, kaki dan seterusnya. kepada sesiapa yg tahu doa2 berkenaan dalam bahasa arab+maksudnya, tolong masukkan dalam post ni. ana dah try cari dlm internet, x jumpa. semoga Allah swt menggandakan pahala sedara2 sekelian...

:wassalam

JH-BUKU-004- Kajian Metodologi Dan Penulisan Hadith - Dr. al-Azami

oleh: Islah

” Sejumlah yang amat besar penulisan tentang kaedah penyelidikan hadith boleh didapati dalam bahasa Arab, tetapi generasi kita kini pada keseluruhannya tidak mengetahui bahasa Arab, oleh itu mereka tidak dapat mengambil faedah daripadanya. Bahkan orang-orang yang tahu berbahasa Arab pun mendapati kitab-kitab itu sukar difahami lantaran istilah-istilah yang digunakannya. Hanya beberapa buah buku sahaja tentang ilmu hadith yang ditulis dalam bahasa Inggeris, dan kebanyakannya pula seolah-olah bertujuan mengelirukan pembaca. Satu-satunya buku dalam bahasa Inggeris yang dapat diakui ditulis oleh Profesor Zubair Siddiqi. Saya telah pun membacanya kira-kira 15 tahun yang lalu, tetapi kini buku itu tidak boleh didapati lagi. Oleh itu, saya menulis buku Studies in Hadith Methodology and Literature untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar kolej, demikian juga orang kebanyakan yang terpelajar.”

SJ-14-0152 : Surah Mu'min ayat 19

:salam kepada Syeikh sekalian, dan warga al-ahkam,

1. 19. Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.

apa kah yg dimaksudkan oleh ayat ini "pandangan yg khianat"?

2. Mana yg lebih aula apabila kita solat berjemaah, bangun sahaja untuk raaka'at yg seterusnya kita membaca al-fatihah bermula dengan a'uzubillahhiminassyaitonirrajim bismillah, atau ALhamdulillahhirabbil'alamin...

Jazakallahukhairan kathira ya syeik2 yg sudi menjawab untuk ana.