June 2008

SJ-16-0010 : berzina....

:salam
kalau hukum berzina disebat sebanyak 100 kali,
jadi bagaimana pula mereka yang telah terlanjur....
maksud sy dlm konteks perlaksanaam undang2 syariah di malaysia...,
sekiranya terlepas drpd hukuman dan penzina tersebut mahu kembali
ke pangkal jalan apa yang patut dia lakukan....???
mohon pencerahan drpd panel....shukran jazilan.. :wassalam

SJ-01-0122 : [Updated] yang baik dtgnya dr Allah..

:salam

Minta ulas sedikit tentang yg biasa dengar penceramah cakap “ Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk juga datang daripada Allah swt jua .Akan tetapi dizahirkan dlm diri saya. Benarkah pernyataan yang buruk dr Allah jua sedangkan keburukan yang berlaku adalah pilihan manusia sendiri ?

SJ-13-0427 : suka2 menyanyi ..

:salam

Apakah ada hukum/penjelasan tertentu bg mereka yang gemar bersiul2 sambil menyanyikan lagu2 bukan islamik ( sekadar hiburan sendiri) ?

Seseorang ditegur dengan mengatakan." Bukankah lebih baik kalau nak nyanyi , nyanyikan la yg islamik shj . Baru la dikatakan hiburan cara Islam. " . Seolah2 ia merupakan perkara lagha shj. syukran

SJ-13-0439 : kalimah redha dan haram

:salam

Apa pandangan panel berhubung kata2 berikut : “ aku haramkan engkau pijak rumah aku lagi”. Atau ‘saya tak redha segala ilmu yang dicurahkan klu awak meniru dlm peperiksaan nati “. Soalan saya : Layakkah seorang manusia mengungkapkan kalimah redha & haram ?

SJ-13-0426 : lelaki ' lembut'

:salam

9) Apa pandangan panel tentang ‘lelaki lembut’ yang semakin menjadi2 sekarang . Sebagai contoh pelakon2 islam kini yang gemar berkelakuan begitu dlm filem/drama ? Bahkan di sekolah2 pun ade pelajar lelaki yang perlakuan mcm perempuan. Cth: sukakan warna2 pink n anak patung, suara , gaya berjalan, memakai bedak (kdg2 tebal) ke sekolah dan gemar bergaul dgn pelajar perempuan shj ? Adakah sebagai guru hanya melihat shj ? sebab ibubapanya pun x kisah.