SJ-13-0427 : suka2 menyanyi ..

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0427 : suka2 menyanyi ..

:salam

Apakah ada hukum/penjelasan tertentu bg mereka yang gemar bersiul2 sambil menyanyikan lagu2 bukan islamik ( sekadar hiburan sendiri) ?

Seseorang ditegur dengan mengatakan." Bukankah lebih baik kalau nak nyanyi , nyanyikan la yg islamik shj . Baru la dikatakan hiburan cara Islam. " . Seolah2 ia merupakan perkara lagha shj. syukran

SJ-13-0427 : suka2 menyanyi ..

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Hukum bersiul telah pun dijawab dan dijelaskan oleh al-Fadhil Syaikh Thtl seperti dibawah :

Quote:
1. Bersiul ni bukan perbuatan syaitan bahkan juga berasal dari manusia sendiri. Dalilnya:
" Solat mereka di sekitar Baitullah lain tidak hanyalah siulan dan tepuk tangan sahaja." AQT 08:35

Siulan yang dimurkai Allah ialah siulan dalam upacara ibadah, manakala siulan diluar ibadah tidak ada tegahannya.

link : http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34526&sid=41e6489f82b3064286125071fff37c56

Cuma dalam bab menyanyikan lagu-lagu yang tidak berunsur islamik ini perlulah dilihat kepada beberapa perkara seperti :

1. Lagu tersebut tidak lah terdapat unsur-unsur yang dilarang dalam Islam , seperti pujian berlebihan kepada makhluk mengatasi pujian kepada Allah swt , unsur2 syirik dalam liriknya , penghinaan dan kejian kepada Islam dan sebagainya.

2. Nyanyian tersebut tidak melalaikan pelakunya daripada mengingati Allah swt serta dalam melaksanakan tuntutan ibadah seperti solat dan sebagainya.

3. Tidak berniat untuk mempengaruhi dirinya atau pendengar nyanyiannya untuk melakukan maksiat kepada Allah swt.

Jika perkara-perkara di atas dapat dijaga dengan baik , maka hukum perbuatan di atas adalah dibolehkan , samada menyanyikan lagu-lagu Islamik atau tidak Islamik adalah bergantung kepada 3 pperkara di atas..

Walaubagaimana pun tidak dinafikan , menyanyikan lagu-lagu berunsur Islam akan mendorong jiwa untuk lebih menghayati Islam lantaran liriknya yang memuji dan mengagongkan Allah swt.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com