October 2008

SJ-13-0483 : Amalan Mandi Air Limau Dalam Silat

:salam

Saya ade persoalan mengenai amalan2 yang terdapat dalam silat contohnya silat cekak Malaysia dalam proses pengijazahan terdapat satu aktiviti yang dinamakan mandi limau. Selepas pengijazahan dari guru kena mandi dengan bacaan ayat tertentu berupa zikir. (x ingat tp bukan zikir sesat).

Semasa pengijazahan kain putih telah diberikan kepada pelajar dan disyaratkan kena tidur dengan kain putih selama 40 hari (kalau x silap) dengan bacaan zikir. Zikir tersebut memuji Rasulullah dan Khalifah Islam yang 4.

JH-SEJARAH-006- BIODATA IMAM ALI BIN AL-MADINI

Bagi penuntut ilmu berkaitan Islam, terutama ilmu berkaitan hadith, pasti mereka akan mengenali Ali Bin al-Madini sebagai salah seorang tokoh terkemuka hadith salaf. Namun begitu, bagi sebahagian masyarakat yang kurang mengambil perhatian tentang ilmu hadith, nama Ali Bin al-Madini mungkin tidak begitu popular seperti nama-nama Imam hadith lain seperti al-Bukhari dan Muslim. Sedangkan Ali Bin al-Madini adalah di antara ulama tempat Imam Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud dan lain-lain lagi menuntut ilmu. Seperti biasa, terkadang murid lebih masyhur dari gurunya!

SJ-12-0320 : Anak Susuan: Aurat & Wali

assalam mualaikum wrt

nak tanya beberapa masalah yang merunsingkan dengan berdasarkan alquran dan hadis.

boleh tak saya susukan anak angkat kepada kakak saya? macam mana aurat dia bila dah besar nanti antara keluarga saya dan bolehkah suami saya menjadi wali bila dia nak kahwin nanti? dan macam mana hubungan dengan adik beradik saya?

sebab kakak saya tak boleh susukan anak angkat dia itu.

sekian jazakaAllahu khairan kathiran.

SJ-11-0250 : Beli rumah dan sewa

Salam..

1) Ana ad kemusykilan ttg muamalat..fenomena yg sering berlaku di malaysia apabila krisis ekonomi melanda..ad org yg beli rumah pd waktu krisis spt ini krn harganya murah lalu d'jualkn pd kdaan ekonomi yg stabil dgn harga yg mahal..adkah urusniaga ini halal?

2) blhke kite beli rumah dlm hutang dan pd mse yg sme kita sewakan rumah 2?

WA

SJ-12-0319 : Upacara Membatalkan Air Sembahyang

Minta penjelasan...

Adakah batal wuduk bila si suami dan isteri bersentuhan. Ada yang kata batal dan ada yang kata tidak. Jikalau ada nas yang menyatakan tidak batal kenapa semasa majlis perkahwinan yang selalu dilakukan di Malaysia ada upacara membatalkan air sembahyang. Minta penjelasan bagi menangani kebuntuan permasalahan ini.

SU-00396 : Niaga Zam Zam & Doa Jamaie Selepas Solat

Salam,

1- Apakah air zam zam boleh dijua beli atau diniagakan?

2- Apakah sunnah mengangkat tangan berdoa BERSAMA IMAM SELEPAS SOLAT FARDHU? Ada pendapat mengatakan Nabi dan sahabt tak pernah berdoa bersama-sama selepas solat. Benarkah? Jadi bgaiamana dengan amalan berdoa berama-ramai SELEPAS SOLAT? Apakah ia bidah?

Ana keliru. Tolonglah jelaskan. Syukran jazilan.

SJ-04-0093 : Kotoran Pada Celah Kuku Jejas Solat?

:salam
Org tua dulu ada mengatakan bahawa jika ada kotoran pd celah kuku..yakni biasanya sisa makanan yg kita makan boleh menyebabkan solat tidak sah..?Benarkah perkara ini..?Adakah juga tidak sah solat walaupun terdapat sedikit kotoran pd celah kuku..?

Minta penjelasan panel feqh yg arif mengikut dalil al-Quran dan hadis sahih..insyaAllah..

Syukran..