May 2009

SU-00423 : Tidak sokong kerana PAS tidak ada dalam Al-Quran

ASSALAMUALAIKUM,
Bagi mengelak kan kekeliruan saya perlu mengemukakan soalan ini kepada ahli panel ah-Ahkam .net

Seorang Ustaz di Surau tempat saya sering mengulang-ngulang kenyataannya dengan menyatakan bahawa PAS tidak ada dalam Al-Quran sebab itu katanya dia tidak menyokong mana-mana parti politik dan tidak mengundi.

Harap Ahli panel dapat berikan hujah dan dalil kewajiban menyokong gerakan islam . kerana tujuan ustaz ini ingin mencelarukan pemikiran orang ramai.

terima kasih.

SJ-13-0341 : Batasan Isteri Berhias Utk Suami

Assalamualaikum...
Saya nak bertanya tentang batasan isteri dalam berhias utk suaminya. Adakah segala-galanya boleh dilakukan oleh isteri sekiranya berniat utk suami. Cthnya adakah isteri boleh mencukur keningnya, bulu2 roma di tgn atau kaki, buat pembedahan buang lemak, mewarnakan rambut dengan bahan yang bukan inai (pewarna yang ada di pasaran) dan sebagainya. Atau adakah batasan2 yang boleh dan tak boleh...

SJ-05-0473 : Imam Tambah Sujud Sebelum Salam

:salam

ana ada dua kemusykilan ;

1) imam dalam solat hajat dia menambahkan sujud sekali (bukan sujud sahwi)selepas baca tahiyyat sebelum salam. apa yang perlu dilakukan oleh makmum.adakah kena sujud juga?

2) sekiranya imam yang melakukan sujud sahwi disebabkan terlupa rukun dll, adakah makmum juga perlu sujud atau tidak perlu sujud

jkk

SU-00438 : Apa amalan sunnah utk ganti tahlil?

:salam

Biasanya selepas berlaku kematian..org ramai akan mengadakan tahlil arwah.

1. Apakah sebenarnya amalan sunnah yang dianjurkan Islam ketika berlakunya kematian dalam keluarga?

2. Jika hanya ahli keluarga yang berkumpul untuk menyumbangkan sesuatu kepada si mati..apakah amalan dan ibadah yang sesuai?

JH-MANHAJ-008- BANTUAN UNTUK PENUNTUT ILMU HADITH #1

Berdasarkan perbincangan bersama rakan-rakan yang juga penuntut ilmu, saya merasa terpanggil untuk berkongsi bersama salah satu perkara yang lebih merupakan bantuan untuk mana-mana penuntut ilmu dalam meningkatkan kemahiran dalam mempelajari ilmu hadith. Perkara tersebut ialah BACAAN HADITH BERJADUAL.

Sj-08-0116 : Puasa

Nak tanya panel al ahkam .

Ada sahabat ni telah berzina dengan kekasih dia pada sembilan hari atau kali di bulan Ramadhan . Nak taubat saja ke atau bertaubat dan bayar . Kalau kena bayar kafarat , beliau hanya sanggup beri makan fakir miskin saja . Adakah mengikut bilangan hari atau kali . Terima kasih

SJ-13-0541 : Rawatan Alternatif

1) Saya ada sedikit kemuskilan mengenai perubatan alternatif dan berharap tuan dapat memberi penjelasan mengenai hal ini.

2) Baru-baru ini saya telah menjalani rawatan di sebuah hospital pakar bagi penyakit batu karang. Setelah beberapa prosedur rawatan dibuat, Doktor pakar yang merawat saya telah memaklumkan bahawa beliau gagal untuk mengeluarkan batu yang terdapat di buah pinggang saya. Kenyataan ini mengakibatkan saya menjadi tawar hati untuk meneruskan rawatan setelah banyak wang, masa dan kesakitan perlu dilalui di dalam tempoh rawatan ini.