Komentar Terhadap Video Hujahan Haramnya Demo Oleh 8 Usatz Salafi

Primary tabs

Oleh zain-ys

1. Video berdurasi 1 jam 35 minit 30 saat ini memuatkan bicara 8 orang ustaz yang mengemukakan hujah tentang haramnya demonstrasi. Dari sini kita dapat melihat bagaimana gaya aliran keras menggali hukum untuk masalah ini. Kita juga dapat melihat apa kaedah yang mereka gunakan.
Dan kita dapat bayangkan jika dengan gaya ini mereka terapkan pada masalah-masalah lainnya dalam urusan kehidupan seharian. Cuba bandingkan pula dengan hujahan Dr UZAR yang mewakili aliran sederhana. Memang cukup ketara perbezaannya.

2. Mengapa mereka mengharamkan demonstrasi? Isikandungan hujahan mereka adalah sebagai berikut:
i. Menyebabkan perpecahan
ii. Hendaklah taat kepada pemerintah dan haram menegur mereka di depan khalayak ramai.
iii. Demonstrasi lebih banyak mudarat berbanding kebaikannya.
iv. Tidak ada dalil yang membenarkan demonstrasi.
v. Demo berasal dari budaya orang bukan Islam
vi. Bersih didalangi dan didanai oleh kaum kafir.

3. Dari 6 senarai di atas, yang benar-benar menjadi inti pati kepada asas 'fatwa' mereka adalah:
i. Mereka berpendapat, menegur pemerintah tidak boleh secara terbuka. Haram hukumnya. Demonstrasi adalah menegur pemerintah secara terbuka. Maka natijahnya, demonstrasi adalah haram juga.
ii. Mereka memasukkan demonstrasi di bawah kategori ibadah. Setiap ibadah perlukan dalil. Ia masuk di bawah kaedah: Asal setiap sesuatu (dalam urusan ibadah) adalah haram, sehingga ada dalil yang menghalalkannya.
Sebab itulah, kita akan lihat mereka sentiasa meminta dalil.. Mereka katakan: "Mana dalil yang membenarkan demonstrasi?"

4. Lain-lain alasan seperti demonstrasi membawa mudarat. Atau ia mengganggu jalan. Atau Ia bukan budaya Islam. Atau ia diasaskan oleh orang Yahudi dan sebagainya adalah alasan luaran yang cukup tak revelan dikaitkan dengan pengharaman demonstrasi. Kerana kalau dikaitkan juga sudah tentu banyak perkara yang selama ini hukumnya adalah halal akan jadi haram.

6. Cuba anda bandingkan dengan penghujahan oleh Dr UZAR. Saya melihat ia lebih mantap dan cukup-ckup kukuh. Boleh download MP3nya di LINK ini..

Anda pasti akan rasa puas hati dengan hujah-hujahnya. Saya jamin!



7. Berikut ini adalah video dan isikandungan dari ustaz-ustaz yang memberikan hujah:
Video:
{youtube}Ge-eQt6tFtU{/youtube}


- Minit 00:07:00 Ustaz Idris Sulaiman
Haram demonstrasi dikaitkan dengan:
1. Perpecahan
2. Keluar dari ketaatan terhadap pemerintahan serta melawan pemerintah. Memisahkan diri dari al-jamaah.
3. Kesan dari demonstrasi adalah berlaku ketidakamanan dan kerosakan.
4. Mudaratnya lebih banyak dari manfaatnya.

- Minit 00:12:37 Asrie Sobri
Tak ada isi. Sepatutnya petikan video ini tak perlu diletakkan. Namun, antara isi yang boleh diberi perhatian (untuk mengetahui corak pemikiran aliran ini) ialah:
- Demonstrasi dikaitkan dengan tegur pemerintah yang dilarang.
- Asrie dengan selambanya mengutuk ulama yang turun berdemo dengan Ambiga sebagai bukan ulama.

- Minit 00:16:45 Ustaz Fathul Bari
- Pusing-pusing isinya: Demonstrasi haram sebab umat Islam dilarang tegur pemerintah secara terbuka.
- Demonstrasi tak jaga hak-hak jalan.
- Ketua demonstrasi bersih ialah orang bukan Islam yang anti Islam.

- Minit 00:27:20 Ustaz Fadlan Mohd. Othman
Kesimpulannya sama sahaja iaitu: Demo dikaitkan dengan haram menasihati pemerintah secara terbuka, kemudaratan demo dan tidak ada dalil yang membenarkannya.
Isi penghujahan ustaz Fadlan:
- Asal-usul demo bukan dari Islam. Demo dalam sejarah Islam pada zaman othman diketuai oleh Abdullah bin Saba.
- Kesan demonstrasi adalah pembunuhan dan kezaliman atau melanggar hak-hak orang lain.
- Kesannya lagi ialah satu provokasi kepada pemerintah untuk melakukan lebih lagi kezaliman.
- Mengaitkan demonstrasi dengan larangan menegur pemerintah di khalayak ramai.
- Tidak ada satu dalilpun yang membenarkan demonstrasi.
- Tidak boleh mengubah satu kemungkaran jika akan berlaku kemungkaran lebih besar lagi.
- Demonstrasi menimbulkan kemudaratan

- Minit 00:46:12 Dr Azwira Abd Aziz
Haram hukumkan dan ia dikaitkan dengan
- Ketaatan kepada pemerintah di mana demonstrasi tidak mendapat perkenan dari mereka.
- Sepatutnya umat islam menjauhi cara barat melalui demonstrasi jalanan.
- Nabi s.a.w. tidak pernah berdemonstrasi.
- Tidak ada dalil yang membenarkan demonstrasi.
- Hal demonstrasi adalah perkara ibadah bukan perkara muamalat dan politik. Perkara ibadah perllu kepada dalil
- Demonstrasi menyalahi maqasid syar'iyah.

- Minit 01:05:16 Prof Madya Dr Mohd Sabri Haron
Demonstrasi haram dikaitkan dengan:
- Kaedah feqh: Kemudaratan itu hendaklah dihilangkan.
- Kaedah: Sadduz Zara'i, menyekat perkara yang membawa ke arah kemudaratan.

- Minit 01:08:43 Ustaz Rasul Dahri
- Dikaitkan dengan haram menegur pemerintah di khalayak ramai.
- Meminta, mana dalil demonstrasi? Tidak ada dalil yang membenarkan demonstrasi.

- Minit 01:19:56 Dr Sulaiman Nordin
Mengaitkan haram demonstrasi dengan:
- Perpecahan
- Berkaitan dengan hak asasi manusia, sepatutnya didahulukan hak Allah
- Bersih didalangi dan didanai oleh NED (topeng bagi CIA) melalui NDI.