November 2009

SJ-06-0099 : solat jamak dan qasar

assalamualaikum,
kepada para sahabat al ahkam.net.di sini saya ada satu soalan yang hendak ditanyakan.

kawan saya bekerja di Kuala Lumpur.Pada setiap hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad,memang menjadi kebiasaan dia akan pulang ke kampungnya di Kota Bharu.
Persoalannya,bolehkah dia solat jamak dan qasar selama 2 hari tersebut di kampungnya di Kota Bharu?

Mohon penjelasan dari para panel.sekian,terima kasih.

SJ-05-0507 : Bacaan tahiyyat awal, tahiyyat akhir dan masbuq

Salam,

Saya ada baca di satu forum yg bacaan tahiyyat awal adalah SAMA dengan tahiyyat akhir, bahkan selawat di atas nabi Muhammad dan keluarganya adalah sunat semata-mata, apatah lagi solawat Ibrahimiyyah

1) Mana satu yg patut diikut, apa yg dipelajari di sekolah - tahiyyat awal sehingga solawat kepada nabi, tahiyyat akhir minimum solawat kepada nabi Muhammad dan keluarganya.. solawat Ibrahimiyyah sunat

2) Tahiyyat awal dan akhir sama je.. minimum sampai syahadah.

SJ-12-0354 : Hukum Nikah Dengan Tunang Orang

salam ustaz..

Apakah pandangan islam tentang masalah ini:

"A telah bertunang dengan B, tetapi akhirnya A bernikah dengan C tanpa memutuskan tali ikatan pertunangan dengan B."

Merujuk kpd permasalahan diatas, seorang pensyarah kolej islam memberitahu bahawa adalah lebih elok jika A terus bernikah dengan C kerana ianya lebih elok/mulia/digalakkan. Manakala pertunangan dengan B hanya perkara harus sahaja menurut islam. Adakah pandangan ini tepat?

sekian, moga berkesempatan menjawab.

SJ-03-0128 : Masalah wuduk dan air mustakmal

:salam

saya ada soalan berkenaan air mustakmal (boleh tolong bagi yang arabnya untuk mustakmal).

1) dalam mazhab syafei, yang mana dikira air mustakmal ?

2) Bolehkan seorang muslim mengambil wuduk dengan air yang telah digunakan untuk berwuduk oleh seorang muslim yang lain?
adakah ini sebenarnya yang dimaksudkan dengan air mustakmal ?

3) ada seorang muslim yang taat, beliau tidak suka kalau ada air wuduk daripada orang sebelah beliau terpercik kepadanya.
Beliau kira sebagai air mustakmal dan tidak sah wuduknya.

SJ-05-0506 : Masalah2 sembahyang

:salam

Saya ada beberapa soalan berkenaan solat dalam beberapa situasi yang berbeza

1) Seorang hamba Allah itu mempunyai masalah (pekerjaan, kelas, pembedahan dll) yang memerlukan beliau untuk jamak solatnya kerana waktunya amat panjang iaitu akan mengambil masa dua waktu solat. Untuk memudahkan beliau, hamba Allah itu menjamak taqdimkan solatnya contohnya asar dalam zuhur kerana kadang2 perkerjaan tersebut selesai sehingga waktu maghrib. Akan tetapi pada suatu ketika pekerjaan tersebut dapat disiapkan awal sbg contoh dalam waktu asar.

soalannya.

SU-00440 : Melupuskan daging qurban

Salam

Kemusykilan tentang bagaimana hendak melupuskan daging qurban yang berlebihan/rosak.

Ada yang mengatakan supaya ianya mesti ditanam, jika dibuang begitu saja, hukumnya berdosa. Adakah dalil tentang perkara ini?

Sekian, terima kasih di atas pertolongan tuan dalam menjawab permasalahan ini.

Wasalam