December 2009

PERHATIAN!! TAK DAPAT LOGIN KE al-ahkam.net?

Anda tidak dapat login ke al-ahkam.net? Berikut ini cara untuk mengatasinya:

1. Reset password anda dengan pergi ke link berikut:

http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_user&view=reset

2. Masukkan email yang anda gunakan utk mendaftar di al-ahkam.net dan klik butang submit

3. Selepas itu, periksa email anda. Copy token yang diberi dan masukkan ke ruangan yang diberi..

SJ-05-0513 : Kemusykilan Dalam Solat

assalamualaikum..
pertama sekali saya meminta maaf kerana mengemukakan soalan ini pada bahagian yang salah..saya ingin meletakkan soalan ini pada bahagian "Soaljawab Islam/Sembahyang dan Jumaat" tetapi tidak jumpa butang "NEW TOPIC"
saya ada beberapa soalan hendak ditanya:

SJ-11-0254 : Zakat Pendapatan

Salam,

Ana ada persoalan mengenai zakat pendapatan/gaji,
1) Berapakah pendapatan tahunan yg mewajibkan zakat, dan berapa peratus kah dr pendapatan itu yg wajib dikeluarkan zakat?
2) Sekiranya tahun2 sebelum ini tidak dikeluarkan zakat pendapatan sebab kejahilan, adakah wajib qada? atau memadai dgn bertaubat?
3) Ada pendapat yg mengatakan zakat pendapatan adalah bidaah? adakah benar pendapat tersebut?
Diharap dgn kadar kemampuan yg ada tn2 dpt menjawab kemusykilan ini
Sekian. Terima kasih

SJ-04-0117 : kene mandi wajib ke kalau...

Saya ada sedikit kemusykilan dan ingin bertanyakan kpd Panel² Feqh..
saya br jer berkahwin,pertanyaan saya disini ialah perlu ke saya & isteri mandi wajib jika saya hanya menekan kepala zakar ke bibir faraj shj tanpa menyalur kedalamnya..?
Amat bagus jika ada dalil untuk rujukan..
Sekian, wassalam

SU-00443 : Bulu kucing atas sejadah

salam ustaz dan panel fiqh atau yang berilmu.
ana ingin tanya, apakah hukum apabila terdapat bulu kucing atas sejadah ketika sedang solat?
adakah perlu beralih ke tempat yang tiada bulu kucing?
atau perlu dikibas suapaya bulu kucing jauh dari tempat sujud?

adakah bulu kucing termasuk dalam bangkai?

SJ-01-0154 : musykil tentang ramalan

assalamualaikum...
ana musykil tentang sikap sebahagian penduduk kampung yang percaya dengan ramalan tertentu...contohnya seorang hamba Allah ini dapat meramal tentang sikap seseorang atau kehidupannya di masa lampau...hamba Allah ini juga dapat membantu untuk memulihkan rumahtangga yang bagai telur di hujung tanduk..hamba Allah ini hanya menggunakan gula@garam@air

SJ-03-0129 : Kanak-kanak Belum Mumayyiz Najis?

salam,

bayi kadang2 muntah.. adakah bila kita pegang (tanpa mengetahui samada bernajis atau tak anggotanya) maka dianggap suci = zahirnya takde najis.
bagaimana dengan kanak-kanak.. sebab kita tak tau dia pegang apa sebab dia tak tau najis tu apa.

2- kalo kita ajar anak-anak kita istinjak sendiri, berak basuh sendiri .. katalah umur 4-6 tahun, tapi tak mumayyiz lagi, boleh ke kita anggap mereka ni sudah boleh setel? sebab penat nak istinjakkan sorang2

SU-00444 : Kerap was-was, apakah ubatnya

salam,

saya mengalami masalah was-was yang super kronik;

1-time baca surah, lupe dah baca fatihah ke belum
2-kerap was-was dah baca bismillah ke belum semasa baca fatihah
3-was-was samada dah duduk antara 2 sujud waktu tahiyyat awal/akhir
4-was-was dah basuh sesuatu anggota ke belum semasa wudhu' , i.e kalo dah basuh kaki kanan, syak basuh kaki kiri, atau syak sapu kepala

Rayuan Derma Pembangunan Darul Kautsar

:salam
Seperti yang dimaklumi oleh sebahagian besar ahli AAN, Pusat Pengajian Agama Darul Kautsar (PPADK) yang diasaskan oleh Maulana Mohd Asri sedang dalam proses pembinaan blok Akademik di Kuchelong, Bachok. Pembinaan untuk fasa ini adalah dalam ini adalah peringkat akhir tetapi masih memerlukan sumbangan kewangan lebih kurang RM60K.

SJ-04-0116 : Doa selesai wuduk

Kalo saya baca doa selepas wuduk

"Asyhadu alla iLaaha IllaLLah, Wasyahadu anna Muhammadan 'Abdahuu wa Rasuuluh"

tetapi sepatutnya

"Asyhadu alla iLaaha IllaLLahu laa Syariika Lahu, Wasyahadu anna Muhammadan 'Abdahuu wa Rasuuluh"

sah tak wuduk.baru check tadi kat buku sifat solat.. ada tertinggal perkataan selama ni.