[Fokus] Memahami Hukuman Bagi Kesalahan Meminum Arak: Jangan kata Bid'ah Pada Perkara Khilaf

Primary tabs

Oleh zain-ys

Peminum arak pada zaman Nabi s.a.w. di-had dengan 40 sebatan. Sedangkan pada zaman Umar r.a. dengan 80 sebatan.  Bolehkah kita dikatakan Umar r.a. telah melakukan bid'ah? Dan, bolehkah kita mengatakan para sahabat yang melakukan sesuatu yang tidak jelas ada sumbernya dari Nabi s.a.w. sebagai bid'ah?

Contoh: Umar r.a. menghimpunkan orang untuk berjamaah solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Atau azan Jumaat 2 kali pada zaman Uthman r.a,

Kita tidak boleh mengatakan apa yang sahabat buat, apatah lagi khulafa'ur Rasyidin sebagai bid'ah, sekalipun perkara itu jelas tidak pernah disebutkan oleh mana-mana hadis sekalipun. Kerana ada hadis menyatakan "..kamu berpegang teguhlah dengan sunnahku dan sunnah khulafa'ur Rasyidin al-mahdiyin.."

Dan kita perlu yakin, para sahabat melakukannya sebab mereka mengetahuinya dari Nabi s.a.w. Tidak mungkin mereka melakukan perkara yang nabi s.a.w. tidak lakukan dan tidak benarkan.

Jangan kata bid'ah pada sesuatu yang masih khilaf, apatah lagi sesuatu yang mempunyai asas yang kukuh. Keborosan pendakwah menghamburkan kata-kata bid'ah menyebab orang menjauhkan diri dari Sunnah

Video: