Beberapa Kesilapan dalam Takhrij
Submitted by alitantawi2 on Mon, 18/01/2010 - 11:28amKebiasaannya penulisan dalam agama tidak dapat lari dari menggunakan hadith-hadith Rasulullah SAW. Namun begitu kita dapati sebahagian penulis - bahkan mungkin termasuk diri yang menulis artikel ini juga - terkadang leka dan cuai dalam melakukan takhrij terhadap hadith tersebut. Dalam erti kata lain, pembaca tidak akan mendapat maklumat yang tepat tentang sumber dan kedudukan hadith tersebut. Puncanya ialah kerana penulis sendiri tidak bersistem dalam melakukan takhrij - menyatakan sumber hadith dengan tepat.