February 2010

Cintai Nabimu: Siri Pemurnian Sirah: Nur Muhamad

Cintai Nabimu! Bersihkanlah apa yang tidak benar tentang dirinya. Murnikan sirahnya dari sebarang bentuk pembohongan. Antaranya ialah tentang Nur Muhammad.
-Asal Usul Nur Muhamad - Apakah ada hadis sahih mengenainya - Bila munculnya - Siapa dan kitab apa yang menyebarkan idea ini - Bahaya Nur Muhamad terhadap aqidah umat Islam

Maulid Nabi dalam Perspektif Sejarah

Oleh Prof K.H. Ali Mustafa Yaqub, M.a (Sedutan bukunya: Islam masakini)

Dalam pengajian-pengajian maulid, para muballigh di surau-surau sering mengumandangkan ucapan-ucapan yang diklaim sebagai sabda Nabi saw. Ucapan-ucapan itu adalah,

"Barangsiapa mengagungkan hari kelahiranku, maka kelak ia akan tinggal di surga bersamaku,"

atau 'hadis' lain seperti,

"Barang­siapa mendermakan satu dirham untuk merayakan hari kelahiranku maka tak ubahnya ia mendermakan emas sebesar Gunung Uhud,"

dan lain sebagainya.

Maulid Tak Ada Fadhilat: Faisal Tehrani Sanggah TG Nik Abd Aziz

Oleh Faisal Tehrani

Sekiranya laporan ini benar, maka saya terpanggil untuk membetulkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana 'bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan'.

Khabarnya, Datuk Nik Abdul Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbau wahabi yang amat "bahaya" iaitu: “Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.” Demikian menurut laporan (di sini)

Apakah kaitan selawat dengan sambutan Maulidur Rasul?

Ada seorang rakan bertanya, " Kenapa kita perlu berselawat ketika mengadakan perarakan sambutan Maulidur Rasul? ". Tergaru-garu juga kepala nak menjawab sebab di akhir soalan beliau menambah "Bukankah selawat dibaca ketika menyambut kedatangan Nabi S.A.W  apabila sampai dari Mekah ke Madinah ketika hijrah? Apa kaitannya dengan kelahiran Nabi?.

 

Menilai Semula Tarikh Maulid Nabi

Isikandungan penting: Tarikh Maulid Nabi s.a.w. yang popular yang digunapakai oleh kebanyakan umat Islam 12 Rabiul Awwal. Sedangkan pendapat terkuat ialah 9 Rabiul Awwal. Tarikh 12 Rabiul Awwal adalah bersumber dari Syiah. Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah.  Di antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini

Mesti Baca!!! Pendapat TG Nik Aziz & TG Hj Hadi Tentang Maulid

TG Nik Abdul Aziz Nik Mat komen tentang perarakan Maulid (April 2008): "Orang seronok dengan berarak, pakai kain songket, angkat sepanduk. Saya rimas tengok. Saya tak pernah ikut sama berarak atas jalan.."

TG Hj Abd Hadi Awang: "Ingatlah wahai umat Islam. Kita tidak disuruh menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Tiada dalil daripada al-Quran mahupun hadis untuk itu. Malah kelahiran Nabi s.a.w. tidak s.a.w. tidak disambut oleh para sahabat. Apa yang wajib ialah kita menjadi pengikut nabi Muhammad s.a.w. yang setia dan berpegang kepada ajarannya, beramal dengan sunnahnya dan mengikut sehingga hari kiamat."

Kategori Berita: 

TG Hj Hadi: Wahabi adalah ASWJ.. Asya'irah pun ASWJ.. Maturidiah juga ASWJ..

Wahabi sesat? Asya'irah bukan ASWJ? Itu hanya salah faham dari mereka yang tidak belajar sejarah tentasng aliran-aliran dalm aqidah. Semuanya adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Petikan Dialog Presiden PAS dan NGO Islam tentang isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.
Pada 31 Jan 2010
Kredit: www.ann.com.my (Sumber asal video)

Ulama Azhar membantah penubuhan Pusat Pengajian Syiah

Para Ulama al-Azhar Syarif membantah cadangan untuk menubuhkan pusat pengajian Syiah di Mesir sepertimana yang telah diumumkan oleh pemimpin Syiah Mesir Ahmad Rasim Nafis.

Bekas wakil Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmud Aasyur berkata bahawa cadangan untuk menubuhkan pusat pengajian Syiah adalah perkara yang tidak perlu di Mesir, ini kerana Mesir telah memiliki pusat pengajian ulung iaitu Universiti Al-Azhar yang juga telah sekian lama diajar  pengajian mazhab Syiah secara jujur dan adil di dalamnya.

 

Wawancara Dr Abd Basit: Krisis ASWJ dan Wahabi

Wawancara Utusan dengan Dr Abd Basit Abd rahman

Henti forum untuk tunjuk hebat

MEGA: Walaupun di Malaysia mengamalkan mazhab Imam Syafie, kita diharuskan bertaklid kepada mana-mana mazhab. Dalam perbincangan wahhabi ini, ia terletak dalam mazhab mana dan bolehkah ia disimpulkan sebagai sesat?

DR. BASIT: Dalam membincangkan bab ini, kita perlu membezakan antara fiqh dan akidah.

Dalam bab fiqh, golongan wahhabi pada asasnya berpegang kepada mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal (Mazhab Hambali). Sebab itu, antara negara yang menyebar luaskan kitab fahaman ini adalah Arab Saudi. Antaranya ialah Al-Mughni karangan Ibnu Qudamah yang telah ditahqiq (disemak dan dibetulkan kesilapannya cetak) secara ilmiah oleh Dr. Abdul Muhsin Al-Turki (Setiausaha Agong Rabitah Alam Islami). Dan hampir semua kitab-kitab besar mazhab Hambali itu sudah pun dicetak dan dibahagi secara percuma juga dijual.bukan hanya kitab fiqh, termasuk juga bidang hadis seperti musnad imam ahmad yang telah dicetak sebanyak 50 jilid