October 2010

Mufti Perak - Tentang Keras Hab Hiburan

Cabaran ulama masa kini

Oleh Harussani Zakaria

SUATU lagi sejarah tercatat pada tanggal 21 Syawal 1431 Hijri bersamaan 30 September 2010 Masihi ketika umat Islam di seluruh negara malah dunia masih rancak menyambut sambutan hari raya,

saya menerima berita kematian seorang ulama tersohor di negeri Perak yang juga merupakan sahabat karib saya iaitu Tuan Guru Datuk Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Rahman. Beliau juga lebih dikenali sebagai Tuan Guru Pak Teh. Beliau merupakan pengasas Pondok Madrasah Ad-Diniah Al Latifiah di Pengkalan Hulu dan juga salah seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak. Pemergiannya amat dirasai sehingga kini terutama bagi para pencinta ilmu dan gerakan Islam. Saya mengenali beliau sebagai seorang yang amat istiqamah menyampaikan ilmu, kuat beribadat, tajam hafalan dan begitu komited dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Betapa saya melihat sendiri lautan manusia datang menziarah, tanpa disuruh dan dipaksa. Jalan kecil ke pondok pada hari itu terpaksa ditutup kerana lapisan manusia bersesak-sesak mahu menziarahi al-marhum jenazah beliau.

Dr Abd Basit - Kelebihan 10 awal Zulhijjah, Puasa Hari Arafah, Korban

Dr Abd Basit menjelaskan: Kelebihan 10 awal Zulhijjah, Puasa Hari Arafah, Korban. Adab-adab korban. Melakukan ibadah korban di mana? Kemboja? Palestine, Kasymir atau di tempat sendiri? Apakah lebih bagus jika melakukan korban di Mekah?


{youtube}A4QxkgV0Mjo{/youtube}

Ganti Puasa, Fidyah Dan Bolehkah Bayar Dengan Nilai Wang

Soalan: Isteri saya telah tertinggal puasa pada bulan Ramadhan yang lepas (tahun hijrah 1419) sebanyak 9 hari kerana masalah kesihatan. Sekarang ini sudah masuk bulan Ramadhan 1420 Hijrah. Jadi, bagaimanakah untuk membayar fidyah bagai puasa yang telah ditinggalkan itu. Bolehkah membayar fidyah dengan menggunakan wang tunai sebagai ganti beras? kalau boleh.. berapakan jumlah bayaran wang tunai bagi membayar fidyah (untuk satu hari, satu cupak beras) Sekian

Kategori Berita: 

Semua Orang Boleh 'Ijtihad' Dalam Hadith?

Terdapat satu kaedah yang disebut selalu oleh mereka yang berminat dalam kajian hadith tak kira sama ada yang mengambil pengkhususan dalam bidang hadith atau mereka yang berminat dari jauh sahaja. Kaedah itu berlegar di sekitar perkataan 'ijtihad'. Terdapat sebahagian peminat ilmu hadith bertanggapan bahawa kajian tentang hadith - sama ada kajian tentang kesahihan atau tentang penetapan kaedah kajian dan pengumpulannya - adalah berasaskan kepada ijtihad iaitu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapat kebenaran dan mendapat hasil kajian. Ijtihad semata-mata?

Persoalan Agama: Sapu muka selepas solat bukan sunnah Rasulullah

Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
2010/05/02

Amalan hanya ikut pendapat ulama mazhab Shafie

Soalan: SAYA pernah mendengar pelbagai pandangan mengenai menyapu muka sesudah memberi salam. Adakah ia diperintah atau sebaliknya? Boleh ustaz jelaskan dan berikan sumber hadis atau Quran.

ROHANA, Ampang, Selangor.

Kenyataan Rasmi Ulamak Pelapis PAS: Isu IFF dan Kedangkalan Ilmu Ulama Muda UMNO

Ulamak Pelapis PAS melahirkan kekesalan apabila tindakan Datin Seri Rosmah Mansur yang menghadiri Festival Busana Islam (IFF) didokong dan dibela oleh saudara Fathul Bari bin Mat Jahya.

Ulamak Pelapis PAS kesal apabila tindakan rakyat yang bangkit berdemonstrasi dalam membantah penglibatan Datin Seri Rosmah Mansur Festival Busana Islam (IFF) turut dikecam dan dianggap sebagai tersasar daripada konsep Islam.

Bagi Ulamak Pelapis PAS, tindakan saudara Fathul Bari bin Mat Jahya yang membela kesilapan Datin Seri Rosmah Mansur mencalarkan imejnya sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam.

Rakaman dan Gambar Sekitar Mendekati Surah Yaasin

Mini seminar: mendekati surah Yaasin, anjuran bersama al-ahkam.net, Pemuda Iman dan IIS.
Ahli panel:
Ustaz Syauqi: Mendekati surah Yaasin
Ustaz Anwaruddin: Hadith-hadith berkaitan yaasin
Ustaz Hamdi: Keindahan bahasa di dalam al quran
Sessi Soaljawab
(Kredit:
Saiful Iskandar atas rakaman dan gambar-gambar sekitar mini seminar. Sila lawati blog: http://kulliyyah.blogspot.com/)

Bagi Syiah Kahwin Mut'ah Lebih Utama Dari Solat, Puasa dan Haji

BAB XXIV - KAWIN MUT'AH LEBIH UTAMA DARI SHALAT, PUASA DAN HAJI

Ini adalah salah satu judul yang sangat ganjil, tidak masuk akal. Tetapi apa hendak dikata sedang ini adalah pernyataan-per­nyataan para imam yang menganggap mereka tidak pernah berdosa.

Seperti telah kita ketahui bahwa Mut'ah adalah suatu per­kawinan yang mempunyai syarat-syarat tertentu, tetapi hanya berlangsung dalam waktu sementara, sesuai dengan persetujuan dalam kontrak, apakah satu jam, sehari, sebulan atau selama se­tahun, masing-masing mempunyai tarif tersendiri berapa harus dibayar. Kawin Mut'ah ini pernah diperbolehkan oleh Rasulullah dalam suatu pertempuran mengingat keadaan psikologis tentara, kemudian dilarang dan akhirnya diharamkan menurut Ahlus Sunnah. Tetapi orang Syi'ah tidak mengakui bahwa Rasulullah telah melarangnya. Mereka mengatakan diperbolehkan berlang­sung terus.

Fiqh ad-dalil Dr 'Aidh bin Abdullah al-Qarni – Bab Makanan

BAB MAKANAN

1292. Makanan adalah segala sesuatu yang menjadi santapan umat manusia dan dapat mengenyangkan mereka. Dalilnya firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya. (Al-An'am: 145)