October 2010

Hukum Lahirkan Zuriat Mengguna Mani Arwah Suami

Isteri yang kematian suaminya ingin mendapat zuriat dengan menggunakan sperma yang diselamatkan oleh doktor sebelum suaminya meninggal dunia

Soalan: Saya sedang membuat kajian tentang pandangan dalam agama mengenai :- seorang isteri yang kematian suaminya ingin mendapat zuriat dengan menggunakan sperma yang diselamatkan oleh doktor sebelum suaminya meninggal dunia...Apa pendapat tuan dari segi agama dan masyarakat malaysia mengenai cerita tersebut. (kes ini berlaku di florida) Terima kasih

SJ-07-0206 : Kematian

Salam,

Boleh ustaz leraikan kontradiksi fakta tentang kematian ini...

a) Umat Islam diingatkan supaya jangan takut kepada mati.
b) Kematian itu sangat menyakitkan walaupun terhadap seorang rasul. Kalau umatnya bahkan..

bagaimana ingin menghuraikan agar Islam itu nampak indah dan logikanya benar.

Hukum Tulang Bangkai, Tanduk, Kuku, Rambut dan Bulunya Menurut al-Qaradhawi

Tulang Bangkai, Tanduk, Kuku, Rambut dan Bulunya

Jika kulit bangkai binatang bisa menjadi suci setelah proses penyamakan, sebagaimana hal tersebut disebutkan banyak hadits shahih, lalu bagaimana dengan hukum tulang bangkai dan kukunya, juga tanduk, cakar, rambut, dan bulunya? Apakah semua itu najis atau suci, atau sebagiannya suci dan sebagiannya najis?

Jaga-jaga.. Lelaki Juga Kena Kanser Payu Dara. Lagi Bahaya!

Lelaki Diserang Kanser Payudara Alami Implikasi Lebih Teruk Berbanding Wanita

KOTA BAHARU, 17 Okt (Bernama) -- Golongan lelaki di negara ini diingatkan supaya tidak memandang remeh penyakit kanser payudara kerana mereka juga berisiko diserang penyakit itu bahkan implikasinya lebih teruk berbanding wanita.

Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr Nik Munirah Nik Mahdi berkata kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih berbahaya kerana sel kanser itu lebih agresif berbanding sel kanser yang menyerang golongan wanita.

GURUKU - SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI

Sudah lama niat di hati ingin menulis tentang Syeikh  Nuruddin al-Banjari. Saya menganggap beliau merupakan salah seorang insan yang pernah mengajar saya ilmu agama. Maka dia juga adalah salah seorang guru saya walaupun beliau tidak mengenali saya dan murid-murid kanannya juga tidak tahu tentang saya. Saya tetap menganggap saya merupakan salah seorang muridnya. Tidak akan saya lupakan kuliah beliau di Masjid Sultanah, Alor Setar di mana saya dan semua yang hadir bersama mendengar ceramah beliau dan juga mengalunkan zikir HIzb Imam al-Nawawi bersama.

Fikh Kerahsiaan Wanita: Kaum Wanita Meti Beli Buku Ini

Buku 'wajib' dimiliki wanita

Oleh SITI AINIZA KAMSARI

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Rasulullah SAW ada menyebutkan: "Sebaik-baik perempuan itu ialah perempuan Ansar (penduduk asal Yathrib berbangsa Arab), mereka tidaklah malu untuk (belajar) perkara-perkara agama (Islam)".

Begitulah hendaknya bagi wanita-wanita Islam yang lainnya, tidak kira bangsa, warna kulit mahupun bangsa mereka mesti mencontohi kegigihan wanita dari golongan Ansar ini. Sebagaimana perintah dari ayat hadis yang sangat popular, Tallabu ilmi faridhatun 'ala kulli muslim! (Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi Muslim)

Hukum-hakam Bergerak Ketika Solat 02: Mazhab Ahmad Lebih luas berbanding dengan mazhab lain

Petikan SAD190607

  • Ahmad bin Hanbal:  Lebih luas berbanding dengan mazhab-mazhab lain. Bagi mereka tidak mengapa pergerakan yang banyak yang tidak keterlaluan.
  • Al-Syafii: Perbuatan yang banyak ialah menggunakan anggota besar tiga kali berturut-turut.
  • Mazhab al-Syafi’I mentakwil Hadis Abi Bakrah yang berjalan ketika solat dengan berjalan dua langkah dua langkah.

 

Isu Konsert Adam Lambert: Kewarasan akal tolak budaya gay, lesbian

Mohd Arif Juhani Abdul Rahman

Sebuah pepatah yang paling sesuai untuk menjelaskan mengenai hubungan songsang seperti gay atau lesbian ialah “Tuhan tidak menjadikan Steve untuk Adam tetapi menciptakan Eve (Hawa) untuk Adam”.

Demikianlah seringkas mungkin logik yang wajar untuk difikirkan mengapa mesti untuk kita menolak gejala songsang begini kerana 'Adam dan Eve' merupakan manusia pertama yang diciptakan Tuhan untuk mentadbir alam. Demikianlah contoh aturan pasangan manusia yang ditunjukkan oleh Tuhan untuk manusia.

Malaysia Disaran Gubal Akta Jenayah Sihir

Bernama melaporkan baru-baru ini ada yang mencadangkan agar Malaysia menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam melalui mekanisme perundangan. Bila kita baca laporan (pada tahun 2009) di bawah ini nanti, Arab Saudi telah mendahului usaha ini dengan menubuhkan unit anti perdukunan dan sihir di bawah Jabatan Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Juga nanti akan disertakan video berkenaan kegiatan anti sihir di Arab Saudi.

Hukum-hakam Bergerak Ketika Solat 01: Nabi Mendukung Cucunya Di Tengkok

Perbuatan Di Dalam Solat

  1. Maksud pergerakan:  Gerak geri di dalam sembahyang yang bukan gerak geri sembahyang
  2. Nabi sembahyang sambil mendokong cucunya Umamah  binti Zainab binti Rasulullah s.a.w.  Diletakkannya di tengkok. Apabila baginda hendak sujud cucunya diturunkan.
  3. Perbuatan  yang tidak membatalkan solat: Pergerakan yang sedikit