Penceramah Itu Manusia Biasa

Primary tabs

“Hari ini ustaz free. Ustaz nak pergi jalan-jalan ke mana? Kami boleh bawakan”, saya memberitahu Ustaz Dr. Abdul Aziz Hanafi yang bermalam di rumah kami di High Street Kensington.

Ketika itu Dr. Abdul Aziz Hanafi baru sahaja pulang ke Malaysia selepas perkhidmatan panjangnya sebagai pensyarah di sebuah universiti di Brunei Darussalam. Kami menjemputnya sebagai tetamu Perhimpunan Musim Sejuk 1999.

“Tak ada program?”, tanya Ustaz Aziz seakan terkejut.

 


“Permintaan banyak ustaz. Tapi kami tolak semua. Kami nak bagi masa untuk ustaz buat apa-apa yang ustaz hajatkan. Sama ada ustaz nak rehat, atau nak jalan ke mana-mana, ustaz just beritahu kami”, Nasreel memberi penjelasan.

“Iye? Alhamdulillah”, balas Ustaz Aziz. Wajahnya sungguh cerita dan penuh gembira. Seperti tidak menyangka yang dia akan ada peluang seperti ini.

“Ana tak ada nak ke mana-mana sangat. Cuma, di London ni ada tak kedai buku Arab? Ana nak ke kedai buku Arab, dan kedai runcit Arab. Itu sahaja”, kata Ustaz Aziz.

“Hah, ustaz. Amacam?”, Nasreel bertanya saya, yang hari itu menjadi ustaz kecil dengan kehadiran ustaz besar, tokoh yang kami kasihi, Dr. Aziz Hanafi.

“Oh, tak ada masalah. Ada dua tiga kedai ana boleh bawa ustaz. Cuma dari segi pengangkutan, ustaz nak naik teksi atau naik keretapi Underground?”, saya mahu mengoptimumkan hari ini untuk menceriakan Ustaz Aziz yang exhausted selepas begitu banyak sesi ceramah yang telah diisinya.

“Elok kita naik Underground. Kali terakhir ana naik Underground, masa belajar di Mesir dulu”, balasnya.

“Ok, settt!”, kata Nasreel. Bersetuju dengan perancangan kami.

Baca lagi di http://saifulislam.com/1363

drazizhanafi.jpg
Kenangan bersama Dr. Abdul Aziz Hanafi ketika mengunjungi kota London (1999)