Antara Pandangan Salaf dan sebahagian Salafi : Tazkirah Sebelum Khutbah Jumaat
Submitted by alitantawi2 on Wed, 18/04/2012 - 10:57amTelah disebutkan sebelum ini dalam beberapa pandangan dan tulisan, bahawa mereka yang menggunakan istilah 'salafi' perlu menilai kembali apakah mereka benar mengikuti salafussoleh (generasi terawal dan terbaik), atau mereka mengikut pandangan sebahagian tokoh salafi moden tanpa disedari? Saya ingin memudahkan dengan memberikan satu nasihat dan satu contoh untuk mudah difahami:
1. Nasihat saya ialah: buatlah rujukan dan kajian agar kita benar-benar tahu adakah sesuatu pegangan itu adalah memang datangnya daripada generasi awal iaitu salafussoleh, atau ia hanyalah dikatakan 'pegangan salaf (tanpa huruf 'i')' oleh sebahagian tokoh salafi moden? Kalau tiada rujukan dan tiada kajian, itu lebih kepada mengikut tanpa bukti dan sikap itu bukanlah sikap salafi yang kita dengari disebut iaitu 'mengikut dalil menurut kefahaman salafussoleh'.