April 2012

Mawdudi: Aktivis dan Revivalis

Ahmad Nabil bin Amir | Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front


Imam al-Jalil Abul A‘la al-Mawdudi dilahirkan pada 25 September 1903 di Aurangabad, India. Beliau merupakan seorang filasuf, jurnalis, teoritis, muhaddith, mufassir, faqih, politikus, mujtahid, dan Hujjat al-Islam abad ke 20, seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Idris dalam pengantarnya kepada buku Al-Hukumah al-Islamiyah karya Mawdudi:

Sesungguhnya aku telah bertahun menarik ilham daripada setiap yang sampai ke tanganku dari tulisan-tulisan Hujjat al-Islam Ustadh al-Kabir Abul A‘la al-Mawdudi, sehingga bangkit kecintaanku terhadap kitab-kitabnya, dan mengalir kalimah-kalimahnya, garis-garis tulisannya, dan pandangan-pandangannya ke dalam fikiran, dhamir dan ruhku.”


Ulama Syiah: Damsyik Tak Akan Runtuh Selama Iran Bersekutu Dengannya

Seorang ulama senior Syiah - Iran menegaskan dukungan Tehran terhadap rezim Damaskus di Suriah dengan mengatakan bahwa Suriah tidak akan runtuh selama Iran bersekutu dengannya.
Sayid Ahmad Khatami,  pada Kamis (26/04/2012) mengatakan, "Selama Republik Islam berdiri di samping Suriah, pemerintah negara ini tidak akan runtuh," ujarnya dikutip Irib.

Mantan presiden Iran itu menambahkan, meskipun Tehran mendukung Damaskus, bukan berarti setuju terhadap setiap langkah yang diambil pemerintah Suriah. Tetapi karena menuntut reformasi, katanya.

Sayyid Qutb dan Fi Zilālil Qur’an

Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, IRF

 Sayyid Qutb (1906-1966) adalah seorang pemikir dan idealog penting yang banyak dikaitkan dengan gerakan jihadi dan haraki Islam yang fanatik dan ekstremis. Tohmahan sedemikian jelas tidak bersandar kepada kesahihan fakta dan kenyataan sebenar kerana lebih digerakkan oleh sikap prejudis dan sinis terhadap sosok dan gerakan Islamisnya.

Tulisan Qutb banyak merangka dan mengungkapkan idealisme pembaharuan yang dipancang di atas kemurnian tawhid dan syiar La-ilaha-illallah. Asas pemikirannya diilhamkan daripada idealisme perjuangan yang diungkapkan oleh reformer mazhab seperti Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan Imam Hassan al-Banna.

Sang Pencerah: Ahmad Dahlan dan Gerakan Muhammadiyah – Bahagian II

Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, IRF

Kegiatan Islah

Kiyai Dahlan memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan Muhammadiyah dengan menyusun aktiviti dakwah dan sosial yang konsisten dengan matlamat islah. Kegiatannya bercorak keagamaan dan pendidikan berteraskan usaha pemerkasaan wanita, pemberdayaan masyarakat, penyebaran ilmu dan pemacuan dakwah yang intens. Dalam tahun 1922, beliau meninggalkan Yogya untuk berdakwah, mendirikan cabang, dan menghadiri rapat di pelbagai daerah, dan menambahkan tenaga guru di Madrasah Mu‘allimin Muhammadiyah Yogya.


Adab Penuntut Ilmu Hadis

Para ulama Hadis dengan tekun telah menghimpunkan sebahagian adab-adab yang menurut pandangan mereka perlu ada pada setiap penuntut ilmu. Ini kerana peri penting dan mulianya ilmu Hadis ini. Apa tidaknya, kerana dengan ilmu yang penting inilah kita semua dapat mengetahui mana-mana yang mujmal (umum) di dalam al-Quran. Dari al-Quran dan al-Sunnahlah digali segala hukum-hakam Syariah yang ditetapkan.

[Dr Maszlee Malik] Parti politik Salafi: Aktor Politik Baru di Mesir

Dr Emad Abdel Ghafour, Presiden Parti NourOleh: Dr Maszlee Malik

Pada Pilihanraya umum (PRU) Mesir untuk memilih anggota parlimennya yang lepas, Hizb al-Nour (Parti Nour) telah berjaya mendapat hampir 25% daripada kerusi parlimen dan juga lebih satu pertiga dari undi popular. Parti Nour telah menjadi front untuk gabungan tiga parti lain beraliran Salafiyah, iaitu parti Asalah, parti Fadilah dan Parti Tanmiyah wa Salamah. Hasil dari kemenangan mereka, kini parlimen Mesir dipenuhi oleh anggota parlimen yang berjanggut panjang, berseluar senteng dan juga melaungkan azan di dalam parlimen.

Sang Pencerah: Ahmad Dahlan dan Gerakan Muhammadiyah – Bahagian I

Dr Ahmad Nabil Amir | Abduh Study Group, IRF

Semua ibadah diharamkan kecuali yang ada perintahnya dari Nabi Muhammad” [KH Ahmad Dahlan]

Kiyai Haji Ahmad Dahlan adalah seorang ulama’ reformis dan pemikir penting yang telah mencetuskan revolusi perjuangan yang besar dalam rangka pembaharuan di Indonesia. Beliau dilahirkan di Kauman, Yogyakarta pada tahun 1868 sebagai Muhammad Darwis. Bapanya, Kiyai Haji Abu Bakar bin Kiyai Mas Sulaiman adalah khatib di Masjid Besar Kesultanan Yogya, dan ibunya, Nyai Abu Bakar adalah puteri kepada H. Ibrahim bin Kiyai H. Hasan, seorang penghulu kesultanan Yogya juga pada masa itu.