[Dunia Buku] Sejarah Ikhtilaf Mazhab Di Malaysia
Submitted by zain-ys2 on Sat, 05/05/2012 - 1:17pmGerakan tajdid (pembaharuan) atau islah (perbaikan) dalam sejarah pemikiran Islam mempunyai dua kategori: tajdid kulli (makro) dan tajdid juz’i (mikro). Jika tajdid kulli bersifat menyeluruh atau meliputi aspek agama dan kehidupan seluruhnya, tetapi tajdid juz’i tertumpu pada aspek tertentu sahaja, seumpama tentang aspek agama, baik dalam bidang Tauhid, Tasawwuf dan Fiqh. Demikian juga dengan gerakan islah, ada islah agama, islah ilmu, islah sosial, islah ekonomi dan sebagainya.