May 2012

[Video] Muqaddimah Kitab & Ciri-ciri Keistimewaan Syariah Islam

Alhamdulillah Kitab Mahasin Al-Islam "محاسن الإسلام" (Keindahan Islam) ini telah selamat diterbitkan dan kini sudah berada dipasaran.

Kitab ini menerangkan tentang keindahan Syariah Islam di dalam seluruh perintah dan larangannya, dari segi keimanan, ibadat, kekeluargaan, muamalat, jenayah, hubungan antara rakyat dengan pemerintah dan akhlak yang mulia.

CBS: Turki di Bawah Pengaruh Cendikiawan Islam Fethullah Gulen

Sebuah laporan yang ditayangkan di stasiun televisi CBS yang berbasis di AS, mengatakan Turki dipengaruhi atau setidaknya terinspirasi oleh cendikiawan Islam di negara itu, Fethullah Gulen, yang menjalankan sebuah yayasan multi-miliar dolar di Pennsylvania.

Menurut CBS 60 Minutes, yayasan Gulen saat ini sedang mengelola ratusan sekolah dan universitas di seluruh dunia di samping stasiun radio dan TV dan bahkan bank.

Laporan ini mencatat bahwa kebanyakan pejabat dalam pemerintahan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah belajar di sekolah Gulen dan karenanya mereka bisa dianggap muridnya Gullen.

Papagomo dan Parpukari versi Salafi?

Komentar Isu Bersih Versi Mekah & Madinah
Oleh: yeopmadiny

Isu bersih 3.0 meletup diseluruh Negara, tetapi antara yang menjadi perhatian dan menimbulkan kontroversi sehingga kini ialah demontrasi di mekah dan madinah, sehingga kononnya menyebabkan kuota bakal haji Jemaah Malaysia bakal dikurangkan @ visa mereka bakal disekat  dan sebagainya. Adakah ianya sesuatu yang reality ataupun ianya provokasi oleh golongan-golongan tertentu, memandangkan tiada langsung berita rasmi daripada pihak kerajaan Saudi yang menyebutkan hal demikian.? Ataupun ianya memang sengaja dirancang dan diperbesarkan dengan melaporkan pelbagai cerita tokok tambah? Segala kemungkinan boleh terjadi memandangkan aura Pilihan Raya Umum 13 yang semakin hampir.

Prakata Wacana Pemikiran Reformis (Dr Dzulkefly Ahmad)

Dr Dzulkefly Ahmad | Ahli Parlimen Malaysia | Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan PAS Pusat


Menulis Kata Pengantar kepada antologi esei dalam buku Wacana Pemikiran Reformis ini oleh sekumpulan pemikir muda Islamic Renaissance Front (IRF) mengingatkan cita-cita saya yang tidak kesampaian. Hal ini mengembalikan era sebelum saya terlibat dalam politik kepartaian secara langsung atau partisan, sejurus meninggalkan menara gading dan keterlibatan dalam organisasi bukan-kerajaan (NGO). Keinginan untuk terlibat dalam kegiatan berteraskan Intellectual Islam adalah pilihan yang juga menarik minat saya satu ketika dahulu sebelum terjun dalam dunia Political Islam.


Mempermudahkan Maqasid Al-shari'ah (bahagian 6)

Maqasid al-shari'ah seperti mana yang disebutkan sebelum ini fokusnya adalah kepada satu pekara iaitu : Jalbu al-masalih wa dar'u al-mafasid (Mendatangkan Kebaikkan dan menolak kerosakkan). Jadi apakah hakikat sebenar maslahah (kebaikan) itu? dan apa pula hakikat mafsadah (kerosakkan)?

Kategori Berita: 

Transformasi Turki: Daripada Erbakan hingga Erdogan – Bahagian II

Marwan Bukhari | Abduh Study Group, IRF

Dr Radwan Masmodi, pengasas dan Pengarah Center for The Study of Islam and Democracy (CSID) semasa awal kemenangan AKP – tahun 2002 – pernah menyebut dalam sebuah artikelnya yang bertajuk Turkey Leads The Way menulis:

“In Turkey today, we at last have a group of Muslim conservatives who are trying to develop a version of secularism that is acceptable to Muslims. Theirs is not the anti-religious sort of secularism that has been practiced in many quarters of the Muslim world, but an Islamically acceptable secularism, which says that the government belongs to the people and that religious practices and views should not be forced by the state.”


Mempermudahkan Maqasid Al-shari'ah (Bahagian 5)

Dahulukala orang berakata : " Barangsiapa yang mengetahui arah tujunya , mudah untuknya untuk bertemu apa yang dia inginkan " Dikatakan juga " barangsiapa yang mengetahui arah tujunya , mudah baginya untuk dia meninggalkan sesuatu " dan dikatakan juga " barangsiapa yang tahu apa yang dia inginkan , apa yang dia usahakan untuk mencapainya menjadi sesuatu yang mudah "

Kategori Berita: 

Manfaat Buat Iman Pasca BERSIH 3.0

Inna lillahi wa inna ilaihi raji`uun.  Qadarullahu wa ma sha'a fa`al.  

BERSIH 3.0 yang pada mulanya telah berjalan dengan aman, akhirnya telah bertukar menjadi medan pembantaian beramai-ramai oleh anggota polis terhadap orang awam yang berhimpun.  Perkara ini sangat mengecewakan.  Saya tidak pasti apa yang membuatkan anggota-anggota polis yang diberikan kepercayaan untuk menjaga keselamatan awam bertukar menjadi ancaman kepada orang awam.  Mereka tentunya ada sebab tersendiri.  Walau apa pun sebabnya, tindakan mereka membantai orang awam sangat tidak patut.