[Video] Muqaddimah Kitab & Ciri-ciri Keistimewaan Syariah Islam

Primary tabs

Alhamdulillah Kitab Mahasin Al-Islam "محاسن الإسلام" (Keindahan Islam) ini telah selamat diterbitkan dan kini sudah berada dipasaran.

Kitab ini menerangkan tentang keindahan Syariah Islam di dalam seluruh perintah dan larangannya, dari segi keimanan, ibadat, kekeluargaan, muamalat, jenayah, hubungan antara rakyat dengan pemerintah dan akhlak yang mulia.

Selain menjelaskan perintah dan larangan tersebut ia juga menceritakan faedah-faedah, hikmah-hikmah, maslahat-maslahat dan pelbagai manfaat kepada manusia di sebalik pensyariatannya. Semoga ianya memberi faedah kepada para pembaca dan seluruh umat Islam untuk merungkai secebis rahsia yang amat indah ini agar bertambah keimanan dan keyakinan terhadap kesempurnaan Syariah Islamiyyah.

Buku ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada golongan yang menentang, mempertikai dan memandang remeh terhadap perlaksanaan Syariah Allah SWT, samada dalam masalah perundangan, muamalat dan kekeluargaan.

 

{youtube}tTlw2Se6nP0{/youtube}